CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

kengkawan ~(*w')~

MimPi iNdaH c PontiLanak

MimPi iNdaH c PontiLanak
Patterned Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, October 26

Seorang Aku dan Extreme Sport…

Hari aku bermula seawal pukul 1 pagi. Haha, terover tido lepas antar asaimen tadi.aisemen!!

Entri kali ini bukanlah wasiat terakhir seorang aku..

hehe.. Kenapa aku berkata sedemikian rupa??

Kisahnya bermula di sini..

Pada suatu petang yang damai, seorang teman telah memberikan kami 2 keping flyers bagi tujuan mengurangkan sampah di dalam kereta beliau. Sedikit sarkastik jugakla kalo di lihat pada sudut negatif. Tapi memandangkan kami adalah insan-insan positif dalam bertingkahlaku, maka kami terima flyers tersebut dengan jiwa yang ala-ala damai. Kami tatap gambar yang ada. Kami baca setiap butir perkata yang tertera.

IMG_0001IMG_0002

 

 

 

 

 

 

Dalam minda seorang aku kala itu,

“Ah kalo aku ni, memang nda pigi la ni. Huhu… Menakutkan!!”

Selepas itu, flyers tersebut kami biarkan sepi lalu rumet aku sisipkan di suatu sudut di dalam beg beliau.

***

 

Beberapa hari kemudian…

Rumet aku memulakan mukadima mengenai sukan extreme yakni ‘PADAS RIVER RAFTING’. Dengan erti kata lain, beliau suda memulakan langkah pertama untuk menyertai sukan tersebut. Dan dalam pengertian di antara kami berdua, beliau sememangnya cuba untuk menyakinkan seorang aku untuk turut sama menyertai rombongan untuk menghadapi sukan extreme itu. Dan beliau berjaya dengan niat beliau untuk kami sama-sama meng-‘enjoy’-kan diri, walau hati seorang aku pada waktu itu hanya 60-40 mao ikut. Tapi aku gagahi jugak. Sebab… Dengan usaha para-para sakura AJK, kami hanya membayar RM17 dari RM150 student only (harga tertera pada flyer). Memang berbaloi. Peluang datang cuma sekali. Maka seorang aku sambut peluang yang ada dengan segera. Bila lagi kan??

***

 

Tiba malam taklimat sebelum berangkat ke Sg. Padas pada esok harinya..

Malam tersebut, satu ayat yang memang menambah peratusan untuk seorang aku mengundur diri berbunyi seperti berikut.

“Kamu semua ni sebenarnya nak pegi menempah maut,..”-Encik Fauzi-

Tapi… Agak-agak la wei, aku bukanlah jenis yang mudah mengalah. Walaupun memang aku takut mati [pahala pun banyak mana ja, dosa belambak-lambak]. Apa-apa hal yang pasti sememangnya aku belum teringin mao buat wasiat untuk kali terakhir. Lantasan itu, keputusan aku bulat bukan segitiga atau empat segi. Aku nekad mao pigi, dari malu.

***

 

Pada hari kejadian…

Dalam keadaan yang tidak berapa mao sihat (aku kena selesema + batuk + demam beberapa hari sebelum aktiviti ini berlangsung), namun aku kuatkan semangat untuk menyertai sukan tersebut. Beberapa perkara berlaku menyebabkan kami terpaksa mengubah sedikit benda yang telah di rancang. Namun, akhirnya kami selamat sampai di Tenom [hahaha, dengan ini lengkaplah sudah aku sebagai anak jati Sabah. Sebutlah mana tempat sekalipun,asal namanya dalam Sabah, telah ada kesan tapak kakiku di sana. Ewah~]

 Kawaii tennyo_1531

Setibanya kami di perentian Tenom, kami semua menaiki keretapi menuju ke perentian seterusnya yakni Panyi. Di Panyi inilah debaran mula menguasai diri. Sesunguhnya aku tidak berapa berminat dengan sukan-sukan yang melibatkan tempat berair. Sebab aku tidak pandai berenang. Kesiannya aku. Takda bakat betul. Eish~

 

Pabila taklimat disampaikan, aku rasa akula insan yang paling berusaha untuk memahami setiap bait kata guide tersebut. Al-maklumlah, semua itu untuk keselamatan diri sendiri. Sesekali aku lirih muka-muka semua yang ada disana saat itu. Ada muka yang memang konpiden abisla, tapi tidak kurang jugakla muka pucat macam aku. Hahaha..

***

 

Tiba saat kami turun ke sungai PADAS…

Mula-mula memang neves abis. Gila jugaklah. Grup aku paling last turun sungai time tu. Kaki aku jangan cakap macam mao langkah masuk bot pun macam tidak larat. Vibrate cial~

 

Tapi sudah alang-alang takkan mao tarik diri. Punya malu tu. Time kaki aku masuk dalam bot, memang suda siap-siap mindset aku. Aku percaya guide grup aku, aku percaya member-member aku, aku percaya equipment aku, and yang paling cilaker sekali AKU PERCAYA DIRI AKU. Ewah, untuk sekian kalinya, aku buat pengakuan aku susah bab-bab pecaya ni, kadang-kadang diri aku pun aku tak bole percaya. Maka, dengan usaha ini aku belajar untuk ‘mempercayai’ sekeliling aku. Alhamdullilah~

 

Dengan kecekalan, ahkirnya seorang aku tempuhi sukan lasak tersebut. aise. Disini titik gentingnya.. Sepanjang laluan dari point A mao p point B tu, memang best abis. Yang kin takutnya time kami terbalik o dlm bahasa ‘raft’nya “capsize”. Masa tu la, aku ingat memang ajal aku di ambang-ambangan jugak. Ada jugak la rasa-rasa mao mati seyh.

 

Ya la, arus deras, air, tak pande berenang. Apala kunuk? Tapi umo aku, nyawa aku masih panjang. Tuhan masih kasi aku peluang betobat.. Alhamdulillah~

 

Maka aku simpulkan crita, buat sukan lasak ni, not so bad macam aku pikir dulu. Rupanya aku ni bukanla penakut btol. Apa yang penting, nilai ‘kepercayaan’ yang aku dapat dalam pada mengikuti perkara sedemikian!!

Kawaii tennyo_1532

~AMIN~

Tuesday, October 12

Tamu Gadang UMS is pesta KONVO

oraitt~ pekabo semua semua..ewah!!!

Dimulakan dengan ucapan ‘Basmallah’.

Kewujudan entri seorang aku pada kali ini, agak-agak sinonimlah dengan pesta yang sedang berlangsung dalam perkarangan UMS tika dan saat ini. Pesta dimana laluan, jalan, dan segenap liku UMS akan disemarakkan dan dipenuhi dengan kunjungan tamu-tamu pada setiap tahun. Pesta tersebut adalah Tamu Gadang UMS ke-12 yakni Pesta Konvo bagi mereka-mereka yang telah pun tamat melanjutkan pengajian dalam bidang memasing selama 3-4 tahun. Alhamdullilah. Semoga dapatlah apa yang dihajati mereka-mereka tersebut.

***

Oraitt~ bercakap mengenai Tamu Gadang, apa sebenarnya yang menarik dalam pada keberlangsungan Pesta tersebut. Actually, besa-besa ja pon bagi seorang aku. Mungkin sebab aku blom tamat pengajian lagi, o mungkin sebab banyak asaimen menanti untuk dikerjakan saat hati ini membuak-buak untuk berfoya-foya. Mungkin saja lah~

 

Tapi apa yang pasti, mereka-mereka yang sudah gred tu memang meriah tahap cipan juaklah. Tak lupa jugak memuka bebudak tahun akhir yang menahan air liur sebab tengok kakak-kakak, abang-abang serta rakan-rakan memakai kostum-kostum yang berkenaan.

[sila amek peratian, ini bukan pesta yang berkaitan dengan cosplay yer..]

Maksud kostum di sini adalah baju-baju kembang kempis yang graduate pakai tym mao p salam dekan amek ijazah sekali untuk men amek-amek gambo dsb.

sm02

***

Terjauh pulak terlencong dari kisah yang ingin seorang aku ceritakan. Urm, apa suda mao taip ne. Urm, urm, urm. Arghhhhhhhhhhhhhhhh~ abaikan!!!

Wokey, mao stori pasal apa yang berlaku kepada seorang aku sejak tamu gadang la.

 

Kisahnya bermula di sini,

Pada suatu ketika di pagi yang indah, aku dikejutkan dengan deringan talipon menandakan sms telah menembusi ruang mesej aku. Mesej tersebut tertulis demikian,

ari ni xda kelaz. kena kansel. perasmian bebudak konvo.”

Maka aku dengan riang gembira terasa macam sekdikit malaslah mao keluar p mana-mana.

[adakah anda percaya akan kisah ini.. Aku tipu keh, takda la begini ya]

 

[mati-mati aku datang lambat ingat takda kelaz, *sigh* f60952e123 ]

Worait~ begini sebenarnya. hahaha. Hari itu, Khamis bersamaan 7hb Oktober 2010, kelaz kami sampai pukul 9 sahaja. Abis ja kelaz, kami meramaikan majlis di Pesta Konvo, mula-mula ingat malas la ne kunuk. Trip-trip mao buat asaimen yang due date suda dekat tapi pura-pura lupa. At d end, seorang aku turut sama menjoinkan diri ke pesta tersebut.

 

Di pendekkan cerita, kami tak bule lama di sana. So, pi jenguk-jenguk sekilas ja la sebab petang pukul 2 ada lab la plak. Spoilllllllllllllllllll~, baru mao meng-enjoy-kan diri. Huuhuuhuuu~

 

Oleh sebab ketidakpuasan hati, abis ja lab petang tu sekali lagi kami meronda-ronda di Tamu gadang. berpeleseran sampai ke malam. Bila tiba waktu dinner, kami pon berkira-kira mao cari port isi perut yang meronta-ronta kekosongan. Dengan itu, terjumpala kami dengan sebuah gerai. Agak-agak cam ok ok ja, kami yang ke-blur-an mulala menduduki kerusi kosong di gerai tersebut.

 

Disini kisah sedihnya bermula…

 

Dalam pada kelaparan itu, kami masih mampu lagi tersenyum sambil meng-order makanan. Usai order ditulis di atas kertas macik waiter tersebut, kami pun sembang-sembang sekadar mao tunggu meal malam tu.

10 minit…

15 minit…

{harus diingati insan yang lapar sukar untuk mengawal emosi}

Usai 20 minit… Maka datanglah hidangan kami. Sedey yang semakin sedey apabila perut yang meronta-ronta di datangi oleh hidangan malam itu. Rupa meal itu, aku malas mao explain, korang check it out la sendiri.

Kawaii tennyo_1395

seorang aku order dengan muka punya manis macam awek dalam iklan tivi, sekali yang datang... urm ilang semangat mao makan. Rasanya yang kakak aku buat lagi tip top superb 10x ganda. huhu.. cam mao nanges ja tym ne..

 

Namun begitu, Puan Hajah selalu pesan “Jangan buat muka cam kena slap dek setan tym mengadap makanan”. Berkat kata-kata tersebut, aku gagahi untuk makan. Perut yang lapar tadi jangan cakap la, sedey wei. Naseb bek air mata tak terkeluar tym tu. Hadus la.

 

Seterusnya, kisah ini belom abis di sini. Tengah-tengah makan tanpa nafsu ni, rasa ‘mee gorang basah daging’ ni pon cam mao tak mao ja ada garam & segala perisa tambahan. Kurang rasa la kiranya. Tetiba ada pulak artis yang kurang tauliah melalak di boot KK.fm. Adus, pitching memang lari jau, tiun taktau camna mao komen, lirik jangan cakap. Kalo masuk ‘Jangan Lupa Lirik’ yang rm500 blom tentu dia ble dapat. Padahal karaoke plak tu. Ntah camnala tu.

 

Dalam ketensenan yang amat, kami pon sedaya upaya makan meal tadi. Tak makan, memang geng setan la. Membazir. Abis ja makan, kami decide mao pi ganti dat person nyanyi. Walaupon dengan iman yang sedikit goyah, kami gagahkan jua. Yelah bukan mao tembirang, sora aku ne saing-saing ziana zain jugak la. hehe

 

Kasi laluan dengan solat isyak, pastu kami trus pi reg mao nyanyi karaoke skali. Tym awal-awal tu, malu gilak siot. Tapi dek takmao kecewakan perasaan yang suda kecewa dengan dinner tadi, kami gagahi. ewakkkkkkkkkkhhhhhhhhhhhh~

 

Maka menyanyilah seorang aku malam itu, siap bak lagu Nora lagi tu ‘’Dendam dalam diam’. Bukan calang-calang punya lagu..hahahaha.. Banggala pulak. Usai nyanyi dapatlah cenderamata dari pihak Hotlink n kk.fm. Ewah punya bangga, dalam banyak-banyak yang nyanyi tu, aku sorang ja yg dapat cenderahati gitu..hahaha.. Kiranya sora seorang aku ne memang suda apporve la ebatnya.. aisemen..

Kawaii tennyo_1450 

Ne lah cenderamata hasil sora aku yang sedikit merdu + getaran jiwa malam itu. Hahaha.. makan kepsi seminggu seyh~~

owhhhhhhhhhhhhhhh yeahhhhhhhhhh~

 

Begitu la kisahnya. Lepas nyanyi tu, kami siap amek-amek gambar dengan Felix Agus lagi. Ala yang af tu, klo ada masa nanti sound kawan aku uplod pict tu dalam fesbuk. Sapa-sapa tak caya ble check it there la pas kena uplod key. Hahahaha. Maka malam itu kami pon pulang dengan senyuman sebab dapat kupan kepsi.

~SEKIAN~

p/s: Terima kaseh kawan-kawan malam itu sebab percaya kasi can beta nyanyi even 1 lagu jer.. To fatin, sapa suh ko cabut laju2 pas nyanyi xsempat durang kasi ko kupon gak.

Kengkawan Tags: , ,

Monday, October 4

Apa yang Prof. M cuba sampaikan???!

Tersebutlah kisah, seorang pensyarah yang lebih dikenali dgn nama Prof.M [bukan nama sebenar]. Anak jati kelahiran Bangladesh yang telah lama bermastautin di Negaraku, Malaysia (adalah dalam beberapa tahun, sebelum seorang aku bergelar sebagai student). Apa yang menarik tentang beliau?? Penggunaan bahasa ‘Banglish’ yang amat pekat dan sukar difahami. Seluruh pelajar jurusan Civil UMS dengan bangganya pasti mengenali beliau.

 

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, beliau merupakan antara tenaga pengajar yang paling berdedikasi. Kiranya kalo ada ‘Anugerah Pensyarah Paling Dedikasi’, barangkali besar peluang beliau untuk menerima anugerah tersebut. Tahniah, tahniah. Ini benar-benar pujian keh~ Tiada niat di hati seorang aku untuk menyelitkan kata-kata berupa ejekan kepada beliau…

 

Mengapa seorang aku bisa begitu yakin mengeluarkan statement yang sedemikian rupa??? Kerana aku sendiri merupakan pelajar beliau sejak setahun yang lalu. Derita dan suka duka dalam kelaz beliau. Biarlah jadi kenangan bagi students beliau saja. Usah dibangkit menambah beban jerk.. hi hi hi..

 

Beliau merupakan satu-satunya pensyarah yang mempergunakan masa 2 jam malah lebih dalam kelaz beliau untuk memberi pengajaran tanpa jemu, tanpa setitik air pun masuk dalam tekak beliau dan tanpa rehat sepanjang kelaz beliau. Memang ‘tabik’ la.. Tepukan gemuruh bagi usaha murni beliau.

 

Harus difahami disini, entri aku kali ini bukanlah untuk mengutuk, menghina atau apa-apa perkara yang berkaita dalam menjatuhkan air muka lebih-lebih lagi air minum beliau. Tujuan entri seorang kau kali ini adalah untuk meluahkan rasa yang kian lama terpendam sejak mula aku bertemu dan belajar dalam kelaz beliau.

***

 

Sebagai seorang pelajar yang agak-agak average dalam kelaz beliau, seorang aku memang sedikit kurang layak untuk mengkritik beliau, jauh sekali untuk mengutuk cara beliau memberi pembelajaran secara ‘2-way-communication’ dalam kelaz. Tapi apakan daya, seorang aku sungguh-sungguh tidak dapat memahami apa yang cuba beliau sampaikan dalam kelaz beliau.

 

Subjek yang beliau ajar memang tip top superb la~, dan kerana itu seorang aku tepaksa dengan sepenuh hati untuk cuba memahami setiap bait perkataan beliau. Malangnya, kemampuan aku begitu terbatas. Sungguh ku tak mampu~ewah. Ada kalanya, seorang aku cukup rasa bersalah sebab tidak memberi perhatian sepenuhnya dalam kelaz beliau.

 

Tapi apabila aku perhatikan ragam rakan sekelas yang lain, rasanya hanya 10% sahaja yang memberi perhatian. Itupun dalam waktu terbatas yakni 30 minit pertama kelaz beliau. Seterusnya, . . . masing-masing akan mengadakan aktiviti sendiri hinggalah beliau mula melilau mencari mangsa untuk membantu beliau menconteng dinding ‘whiteboard’. Urm…

 

Apa yang lebih menyedihkan?! Bila semua orang macam patung ja time-time beliau tanya soklan yang agak-agak power ja di depan. Semua tetiba buat muka macam baru mao paham. Sadis~ Mengapa berlaku demekian? Besar kemungkinan dari pemerhatian aku sendiri, sebab memang hanya sekor-2 ja dalam kelaz aku yang paham apa yang beliau cuba untuk sampaikan.

 

Rasanya cukuplah sampai sini coretan seorang aku kali ini. Mao tulis lebih, takut menyinggung pula, lagipon kelaz Prof. M sudah pun tamat hari ini. HUHUHU. Nanti lama-lama taip takut terkutuk yang berlebihan pula. Maka sudah lah sudah~

 

p/s: Prof M sooooo soriiiiiieeeeeee…

Thursday, September 30

CUTI RAYA: Episod Akhir

Assalamualikum wwb, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi..

ecece.. Ala-ala intro berita pulak… Kini tibalah waktu masuknya solat fardu Subuh bagi wilayah Kota Kinabalu, UMS dan tempat-tempat yang sama waktu dengannya… [kasi nampak riak sikit waktu itu.. Istigfar!!!]

***

 

cop cop cop! Apa aku merapu pepagi yang indah ni.. Oraitt~ sudah masuk minggu ke-3 bulan Syawal, maka dengan ini sudah genaplah sebulan cuti raya~! haha..ok itu aku saja ja mao tipu. Takkan ada universiti kasi cuti raya sampai 1 BULAN, melainkan pelajar yang ‘badak’ ja mao cuti berlebihan dengan secara sendiri dan tidak rasminya.

 

Sudah hampir 2 minggu sejak cuti raya seorang aku berlalu. Dan sudah hampir 2 minggu jugaklah kepala seorang aku penuh beserabut dengan ‘Urusan Seri Paduka Baginda’. Maka dengan ini, memang sangat sangat tidak berpadananlah tajuk entri seorang aku pada saat dan tika ini. Tapi sapa pedulik, ikut sesuka dan sesedap rasa tangan aku menaipla. hak ak hak ak..

*(!_!)*

 

Okai seyh~ Apa sebenarnya yang seorang aku ingin taip di pagi indah lagi mulia ni. Takda apa sebenarnya, saja saja dong~!

mood: Blues..iya ka? bha biarlah~ lalalala

Bleach_blue

First at all, seorang aku sedikit teruja dengan perubahan hidup sejak 2 menjak ni. Mana tidak beberapa ketika kala ini, seorang aku telah memulakan ‘Gerakan Secara Solo’. –Entah  bagaimana? Sejak bila bermula?- ala ala lagu Erra dulu-dulu. Dalam pada bergerak secara individu ni, kadang-kadang memberi seorang aku ruang  untuk berfikir tentang apa yang seorang aku alami selama hampir 3 tahun bergelar ‘Pelajar Universiti’. Tentang perhubungan, perasaan, pembelajaran, perbelanjaan, dan macam mana semua faktor ni bagi efek dengan kawan-kawan, cinta, dan study seorang aku.

 

urm… Pada entri kali ini seorang aku hanya mao keluarkan buah pikiran yang simple mimple ja. Tamao pening pening, tamao susa susa. Mula-mula, biarlah kita semua paham bahawa hidup ini takda la seindah crita-crita novel, drama mahupun anime-anime Jepun yang seorang aku slalu perati. Lebih-lebih lagi hidup sebagai seorang pelajar, penuh kesesakan dan keserabutan dengan asaimen yang killer setiap masa, penyakit M yang makin menular saat-saat mao dekat exam, dan masalah cinta bagi sesetengah pihak. Seorang aku termasukka?? sudah pasti tidak terkecuali dalam segala macam hal!!

=(*.^)=

Sebenarnya hidup ini seronok bagi sesapa yang betul-betul menghargai apa yang ada dalam kehidupan masing-masing. Dan ‘seronok’ di sini bergantung kepada setiap individu dalam memberi tanggapan mengikut selera masing-masing. urm.. Bagi citarasa seorang aku, apa sebenarnya ‘seronok’ dalam kamus seorang aku? well, simple.

SERONOK = JOYS + HAPPINESS + FAMILY + FRIENDS + LAUGH + etc etc (ikut kesesuaian ayat keh~)

Di pendekkan cerita, seorang aku hanya mengharapkan sesuatu yang sukup simple tapi masih memenuhi ruang dalam hidup. Dan dengan ini, seorang aku hanya mampu mengucapkan syukur pada Allah yang Esa kerna dengan limpah kurnia-Nya, seorang aku masih mampu untuk melewati hari-hari mendatang dengan famli yang di limpahi kasih-sayang, dengan teman-teman sekepala dan memahami, dengan kekasih hati (eceh, spesel kes ni, blom ada siot~), dengan tenaga-tenaga pegajar selama aku bergelar murid, pelajar mahupun Student (ewah, syukur ada yang mao ajar even aku x brapa mao paham kadang-kadang).

 

Dui bhe, panjang jugak karangan seorang aku pagi-pagi ni. hak hak hak. Tapala, mole siksa-siksa cikit kawan-kawan yang baca. hehehe. Bha bha sudahlah. Masa begitu mencemburui seorang aku. Baru mao layan blues, matahari sudah naik daaaa~ banyak lagi mao taip ne, tapi takpa. Simpan-simpan ayat untuk entri yang lain.

 

Oraitt~ bertemu kita di lain hari dan waktu andai ada jodoh dan masih di panjangkan usia lagi.. Dengan ini, saya sudahi dengan ucapan Wabillahi taufiq wal-hidayah Wassalam. Ewah sebijik rancangan iklan time tengok wayang kulit..hehehe~

 

p/s: ada kengkwn komen depan2 seorang aku punya entri panjang2 dowh. Apa le buat? Sekali ada idea, bak ‘coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum’ seyh. Maapkan la beta pacar yang molek..hik hik hik~ Jangan Maraaaa Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrr~

Monday, September 13

CUTI RAYA: Episod 3

1 Syawal yang sedey~
Terdengar sayup suara takbir yang tidak pasti dari mana.Tetiba aku terjaga dari lelap. Aku tatap jam dinding, pukul 10.53. Tapi perasaan aku resah saja. Aku gapai henpon Tuan Haji di tepi meja, aku tilik jam yang tertera di skrin henpon tersebut, sudah pukul 01.00 p.m rupanya. Nyatalah jam dinding di rumah aku kematian bateri. Kesian.

1 Syawal 1431 H. Sudah lewat tengahari, rumah aku legang saja ni. Raya pertama dan tanpa tamu. Pelik. Perasaan hairan mula menyelubungi aku. Apa yang tidak kena? Apa yang pelik ni.

Sejenak aku duduk di sofa, berfikir dan mungkin sebab mamai aku masih kurang pasti apa yang aku rasa. Rupanya semua mereka-mereka di rumah aku pergi beraya tanpa aku. Sampai hati. Yang ada di rumah cuma Ayiel, kakak aku, Tuan Haji dan isteri, serta seorang aku. Aku kecewa, punah harapan mao kolek duit raya.[Umor sudah berapa masih mao duit raya..kah kah kah~]

5 jam sebelumnya.
Pukul 7 a.m. Aku berlegar-legar sambil memegang rekoder astro. Hu Hu. Kenapalah durang buka wayar Astro ni. AKU MAO TENGOK TVVVvvvvvvv.
Lelah, penat bercampur-aduk. Sudah 3 malam aku tidak tidur sebab asaimen. Asaimen betul-betul buat plan raya aku porak peranda. Akhirnya, aku lelap tanpa sengaja. Selepas itu, aku macam hilang ingatan rasanya. Aku tidak tau apa yang happen lepas aku lena.
Bangun-bangun saja semua orang sudah berjalan pegi beraya tanpa aku. Memang kecewa jugaklah rasa hati ini.

30 minit selepasnya.
Sebab tensen yang amat sangat aku tidak ekot sekali pegi beraya, aku kol kakak & abang aku. Semuanya untuk mengenalpasti lokasi mereka dan merupakan salah satu usaha untuk memaksa sesiapa yang berdekatan datang ‘pick-me-up’ di rumah. Aku mao pegi beraya jugak. Sampai hati tinggal aku di rumah dengan rekoder Astro tanpa wayar. Sedey~

Kalo harap mao jadi ekor Tuan Haji & Puan Hajah memang tiada can la gamaknya. Mereka hanya buat aktiviti berpasangan, maka memang tidak payah mimpilah kalo mao join beliau berdua. Maka harapan sekarang ni adalah kakak o abang aku sahaja. Semuanya demi matlamat = DUIT RAYA. Adehs hampeh, tidak ikhlas betul pegi menziarah rumah sanak~

Petangnya..
Beberapa jam seterusnya, aku tunggu abang aku. Katanya “ondewei” mao datang amek aku bawak pegi beraya dengan dia. Dalam hati, ‘yes 100x’. Inilah masanya. Har Har Har~

Maka petang itu, pergilah kami beraya di beberapa buah rumah. Adalah dalam beberapa jam kami beraya. Pastu, kami menuju pulang ke rumah. Sampai rumah ja, aku buka angpau raya. Tambah sedey aku dapat RM1 saja. Apalah kunuk??? Memang tidak berbaloi.

Kemudian, dengan muka tidak berapa ceria bak muka sudah tertampar beberapa ekor setan aku menuju ke sofa memandang kosong TV yang menayangkan entah apa drama. Aku duduk memerhatikan beberapa tamu yang riuh mendatangi rumah aku.

Sejurus itu, aku terpandang Tuan Haji, Puan Hajah dan beberapa ahli keluarga aku. Baru aku teringat!! Aku belum salam sesapa mao minta maaf untuk hari raya. Al-maklumlah, sepulangnya semua orang dari solat sunat Aidilfitri aku terus lena dibuai mimpi-mimpi yang ntah apa. Maka melangkah longlailah aku bak menari-nari joget menuju ke depan Tuan haji.

Aku salam semua mereka yang ada di situ. Meminta maaf andai ada ter-kasar, ter-tengking, ter-kutuk, ter-marah, ter-suruh dan segala macam ter- yang terjadi selama aku bergelar insan, anak, adik mahupun ipar. Usai aku salam mereka, hati aku sedikit lupa akan duit raya yang aku harap-harapkan di rumah sanak tadi.

Seketika kemudian, aku terdengar nama aku dipanggil sayup-sayup dalam keriuhan. Aku pandang wajah ipar aku, ada not RM50 melambai-lambai aku. Dengan mata yang bersinar-sinar (maklumlah tengok duit, sapa tidak suka orang kasi duit. Jangan HIPOKRITla) aku datang bertandang di depan beliau. Not RM50 itu bertukar tangan berpindah milik, maka sahlah wang tersebut sebagai duit raya aku yang ke-2 di 1 Syawal ini. Hek Hek Hek..

Dengan riang umpama arnab dapat kangkung [lobak mahal geng], aku berlenggang-lenggang pegi menyimpan duit raya aku yang bernilai RM51. ewah ewah~

Oraitt~ apa sebenarnya moral of d story:
  • sentiasa ikhlas dalam menjalinkan silatulrahim
  • jangan terlalu berharap, bimbang kecewa secara drastik dan mengganggu emosi secara berlebihan
  • kalo sudah nasib mao dapat, dapatla tu. Rezeki katakan
  • terima apa yang berlaku dengan redha bukan bermakna terima saja semuanya dengan men‘khinzir’-buta tanpa berfikir (suci ja ayat sempena syawal)
  • akhir sekali, bersyukur dengan apa yang ada

p/s: 1 Syawal ini sebenarnya tidakla sesedey mana. Aku ja yang overboard. miahahaha~ adanya!! di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam seluruh dunia~~

Wednesday, September 8

CUTI RAYA: Episod 2

Episod 2: Persediaan Aidil Fitri

 

Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut Syawal.

 

Cuti sudah seminggu, asaimen satu hapak pon beum siap. Adush~, macam mana la ni?? Masa berjalan pantas saja. Malam ni, baru ja kerajinan datang menerpa, baru mao start mukadimah buat asaimen dengan tetiba bekalan elektrik terputus. Dugaan, dugaan, dugaan…

 

Haha, baru ja mao cerita pasal ‘blekot’ karan sudah muncul. Lampu pun mula la menyala-yala dengan terang benderangnya. Mao pi buat asaimen, urm kejap agila. Semangat aku yang berkobar-kobar tadi sedikit kelam sekarang. Mungkin malam sikittttttttttt nanti baru mula buka buku yang aku bawak kunun-kunun mao belaja di rumah. Kesibukan yang semakin bertambah di kala Syawal kian menyapa. Ramadhan kali ini, urm… Segalanya diraikan dengan kesederhanaan bak kata Puan Hajah.

~(-.-”)~

 

Okai. Sekarang masuk episod 2 cuti raya akhir tahun 2010. ‘PERSEDIAAN AIDIL FITRI’. Oraitt~ mana mao start. Okidoki, untuk pengetahuan beberapa pihak, aku dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa aku adalah anak kelahiran bugis sejati. Jangan salah paham, aku masih anak Malaysia sebab aku lahir di Bumi Tawau terchenta ini. Aku cuma berbangsa Bugis. Okei, apa kaitan semua ini?? TUNGGU~

d[‘_’]b

 

Sedikit informasi di sini, Bumi Tawau merupakan salah satu petempatan terbesar kaum Bugis di Sabah atau mungkin di Malaysia. Mungkin yer. Pada pendapat seorang aku mungkin kerana kedudukan Bornoe menepatkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Brunei, dan Indonesia, maka bangsa-bangsa dari negara-negara lain turut sama menduduki negeri ini (Sabah). [Memang Bugis bukan bangsa asli di Malaysia, ini bukan sebarang auta~]. Oleh itu, segala bangsa yang tidak asing mahupun yang asing, haram mahupun yang halal banyak mendiami kawasan sekitaran kami. Itu sudah lumrah bagi negara-negara jiran yang berhampiran.

 

Oraitt~ seperti mana pada kebiasaannya kaum Bugis ini terkenal dengan pelbagai juadah wajib Aidil Fitri. Antaranya ‘Buras’, ‘Tumbuk’, ‘Tapai’ (bukan yang memabukkan), pelbagai jenis lauk dsb. lni adalah antara makanan wajib (kira macam asasi la time raya) yang sememangnya dan sekurang-kurangnya mesti ada di setiap rumah ong Bugis yang bakal anda-anda lawati.

\(^_^)/

 

Urm, rasanya cukupla beberapa info di atas. Persediaan Aidil Fitri di rumah aku kali ini, cukup besederhana tahun ini sepertimana slogan yang selalu diamalkan oleh Puan Hajah “Biar besederhana dalam segala hal, tidak makna tidak mampu, yang penting ikhlas dan rendah diri”. Even baju raya pun takda, kenapa?? Sebab mesin jahit Puan Hajah rusak. sedey, pentingkah baju raya?? Ntah~. Tapi tidak mengapa, masih ada can moa beli yang ready-made punya. Sedikit mahal, tapi apala salahnya sekali sekala. Ya ka?? urm kasi iya sajala..kah kah kah.

-[T.T]-

 

Okedoki, tahun ini buat sekian sekian kalinya aku membantu agi dalam me‘ready’kan kuih raya. Walaupun sedikit rasa terbeban dan menganggu-gugat keimanan semasa menjalankan ibadat puasa, tapi aku gagahkan jua. Ewah, takda hal punya. Kuih apa yang bakal menghiasi meja ruang tamu rumah aku AidilFitri ini, sangat banyak. Pelbagai rasa dan warna. Mahu tahu?? Sila kunjungi rumah yer. Punyalah, trip-trip suprise kunuk.

 

Untuk juadah berat, setakat ni baru Buras yang siap. Lain-lain still in progress. Hek hek hek. Rasanya Tumbuk will coming soon tomorrow kali. Dan untuk persediaan juadah-juadah berat AidilFitri telah diserahkan sepenuhnya kepada Tuan Haji dan isteri yakni Puan Hajah. Hal ini kerana segala kerja-kerja dalam menyiapkan juadah ini memerlukan kepakaran yang tinggi dan insan-insan berpengalaman bagi memastikan rupa, warna, kualiti, kuantiti dan yang paling penting rasanya dapat dikekalkan mengikut resepi tradisi. Jadi sebagai Aku, rasanya tidak perlu terlibat dengan menyeluruh di bahagian ini. Jadi tukang rasa pon kira cukup membanggakan. har har har~

-inilah rupa BURAS-

Kawaii tennyo_1207

 

Hiasan rumah. Urm, ala kadar sahaja ni.

  • Cat-cat baru = xda. Sebab rumah aku masih kelihatan baru, Nippon paint kan!! muahahaha~.
  • Urm, langsir baru = xda. Rumah aku terlalu banyak langsir yang jarang digunakan. Maka re-use.
  • Apalagi?? Perabot baru = xda. Mahal wei, agipon rumah aku punya perabot masih elok-elok sahaja, urm rasanya perabot yang sedia ada pon sudah memenuhi ruang, kalo beli agi mao letak mana owh. Mao sedekah~ Sapa mao perabot ‘sekenhen’.
  • Lain~?? xda rasanya. Kami hanya bertungkus-lumus mao membersihkan rumah. Memang sedikit lelah, tapi ok la jugak.

/“(*,*)”\

 

Nampaknya beginilah kami akan menyambut Syawal kali ini. Walau sesedih mana kerana Ramadhan hanya menjenguk kita sebulan cuma, kehadiran Syawal yang juga hanya 30 hari harus diraikan seadanya. Syawal mengeratkan hubungan sesama umat, yang jauh datang mendekat, yang dekat sila menghampir, yang hampir mari berapat rai Syawal walau untuk seketika. Apa yang penting jalinan sesama kita. Cewah ayat punyala macam dalam puisi-puisi pulak.

 

Okaila. Sudah tiba masa untuk buat susu babiesss~

 

p/s: Yang rasa-rasa mao datang uma tu..sila sila sila.. sila kol o sms dulu ya..manatau aku pon pi beraya di rumah sapa-sapa kumpul dui raya. owh ya~ Duit raya di rumah aku kena provide untuk yang under age sahaja. Yang rasa-rasa umo sudah melebihi budak skola darjah 3 sila jangan berharap sangat.

Sunday, September 5

CUTI RAYA: Episod 1

Di luar hujan turun dengan lebatnya, suasana dingin berusaha menyalut ke segenap anggota badanku lalu meresap sehingga ke tulang belulang aku yang kian rapuh.. Aiseh, macam tua la pulak.. hak hak hak.. Suasana sebegini sungguh membuatkan aku begitu malas untuk melakukan sebarang kerja..

 

Mahu berkabung dalam selimut, kompom dengan segala hormatnya Puan Hajah (mom aku) akan memulakan mukadimah yang pasti akan memakan masa sehingga beberapa jam lamanya. Itu baru intro, blom masuk isi BAYANGKAN~. Maka jalan mudah adalah duduk di sofa sambil memerhatikan gelagat 3 anak buah aku yang usia mereka umpama tangga susun rumah aku.. aiseh aku acah ja tu. Mana tidaknya, sorg 3 tahun, sorg 2 tahun dan sorg takda tahun yang baru mao masuk setahun. Begitulah meriahnya rumah aku yang sememangnya dipenuhi dengan insan-insan kerdil tersebut.

 

Maka dengan ini bermulala episod 1 cuti raya di rumahku syurgaku. Hari ini, 05 September 2010 bersamaan dengan takwim; 26 Ramadhan 1431 Hijrah yakni hari ke-4 aku bercuti di tanah terchenta bumi Tawau ini. Ya, memang aku bercuti sebelum waktunya dan rasanya itu tidak menjadi hal yang berat pun. (aku saja mao impom, kasi jeles seket sapa-sapa yang lambat balik cuti). Oraitt~ buat intro panjang-panjang kasi penat jari ja mao taip.

***

 

Entri aku pada hari ini ingin berkisar mengenai betapa ‘bizi’nya aku menghadapi cuti raya pada kali ini. Dimulakan dengan ‘Bismillah’ dan disudahi dengan ‘Alhamdullilah’… har har har, macam lagu la pulaknya. Ok la, aku memang banyak mengarut.

 

Mao dikasi jadi cerita, cuti raya tahun ni memang bizi tahap cipan jurus 17. Kenapa?? Mana ndaknya, sebelum cuti agi kerja memang belambak, waktu cuti kerja yang sedia belambak ditambah agi dengan longgokan asaimen. Lepas cuti, urm nanti la lepas cuti baru cakap. Seharusnya mereka (tenaga pengajar) memahami, pengetian cuti itu adalah untuk menenangkan diri dan fikiran. Tapi apa yang mereka lakukan, memberi asaimen sebanyak yang mungkin mengakibatkan kecelaruan emosi bagi students terutamanya yang menyambut HARI RAYA. Maybe niat mereka adalah untuk membantu students yang ndak brapa mao jenius macam aku, itu memang best tapi ini bukan caranya.

 

Kepada lecturers aku yang sedikit kurang bertimbang-rasa itu, harap maaflah sebab mengeluarkan statement yang seumpama ini. Tapi tidak kurang jugak lecturers yang memang memberi cuti sepenuhnya tanpa asaimen o apa-apa yang sama waktu dengannya. Syabas saya ucapkan!!! Ewah umpama sesi luahan rasa la pulak, biarkanlah.

***

 

Okai, lupakan yang itu. Aku bukan mao becritera tentang asaimen sebenarnya, sebab macam mana ndak puas hati pun asaimen mesti antar ikut due. So, letak ia di pinggir-pinggir dulu. Dalam erti kata lain, abaikan. Pada kali ini, aku ingin mengutarakan soal insan-insan kerdil dalam hidup aku. Oraitt~ FYI, mereka inilah punca utama kenapa dan mengapa aku begitu beria-ia untuk cuti sebelum waktu.

 

Bagaimana insan-insan kerdil ini membizikan ke‘cuti’an aku..?? Seperti sedia maklum, usia mereka baru setahun jagung, tapi besar agila dari jagung tu. Jagung hanyalah perumpamaan. hahaha macam la ndakda sapa yang tau..punya bengong ayat ni. Adeh~ Bha bha, biarlah aku cerita satu satu.

***

 

Kawaii tennyo_815

Mula dari yang paling kecik la, yakni yang baru mao cecah umur setahun. Nama diberi Daniel Sameer Syahkimi @ Ayiel, sapa bagi?? Aku lah..punya panjang, baru aku perasan. Takpa, sudah tertulis pon di surat beranak beliau. Ok kisah beliau bermula begini, dulu tym dia kecik-kecik seket (before aku masuk tahun 3 di UMS, beliau suda lahir) takda la beliau nakal macam perangai beliau yang latest ni.

 

Dulu beliau ni, nampak sangat penyabar saing-saing watak baik sinetron indon jugakla. SEKARANG, memang sapa yang jaga sedikit tercabar jugakla keimanan dalam diri. Perangai beliau yang paling latest ni menurut ibu beliau yakni kakak aku,

“owh Ayiel (nama manja beliau) ni, satu jak problem dia. Ndak bule tengok orang bediri-diri depan dia, terutama mama aji (Puan Hajah). Memang macam orang berenangla lagak dia tu”.

 

Begitu penangan perangai pelik beliau sejak-menjak ni. Perkara ini amat payah untuk dibendung dek beliau akan menangis umpama baru kena cubit bertubi-tubi, siap badan meliuk-lentok andai permintaan beliau tidak dituruti. Maka, sedikit sukar untuk ditangani. Abis satu.. har har har.

***

 

Kawaii tennyo_721 

Seterusnya, yang sedikit besar dari yang kecik tadi. eh, apa ni?? urm, ngam la tu >_<.. Ini Nur’Ain Aliesyah @ Ayen, umo baru mao cecah 2 tahun 21 September tahun ni. Fuh dalam banyak-banyak anak buah aku (suda ada 5 kan!!), inilah yang paling mencabar setakat ni. Beliau ini badan kecik ja, tapi tahap stamina beliau memang level Naruto jugakla. Beliau jugak merupakan antara insan terawal yang bangun, dalam pukul lebi kurang 6.30 am jugakla. oleh sebab itu, rutin kami di rumah jugak memang bermula dengan awalnya.

 

Beliau ni terkenal dengan aksi ligat dan sememangnya sukar untuk ditangkap apabila melakukan jenayah bawah umor setahun. haish~ Oleh kerna tahap stamina yang tinggi, beliau memang sangat sukar di lihat dalam keadaan tidur, tengok TV dengan tenang mahupun juz baring sesantai yang mungkin. Beliau juga dikatakan punca utama bagaimana rumah sangat payah untuk dikemaskan.

 

Antara hobi pelik beliau ialah, menghamburkan @ menyepahkan segala benda yang bule disepahkan, mengosongkan bekas bedak badan, menumpahkan air di merata-rata tempat yang selalunya menyebabkan beliau sendiri tergelincir saat berlari-lara dsb. Beliau jugak merupakan insan yang paling sukar ditangani dalam sejarah keluarga kami, kerna segala tindak tanduk beliau yang tidak betul tidak dapat ditegur. Beliau jugak akan menyanyikan sebuah lagu bertajuk “cicak2 din din din” apabila kena marah. Selain itu, dikhuatiri beliau akan membaringkan diri tidak kira tempat apabila tegur-menegur berlaku. Maka hal ini mengakibatkan kesulitan sepenuhnya kepada pihak penjaga yakni aku sepanjang cuti.

***

 

260520091216

Yang terakhir tapi bukan penghabisan. Inilah staring dalam rumah, Muhammad Huzairyansyah @ Oboi. Okei, beliau ni nakal tapi still under control la. Sejak 2 menjak ni, beliau kelihatan sedikit mudah untuk di handle. Mean, bulela kena kasi kategori dengar cakap seket banding yang 2 di atas. hue hue hue.. Level kenakalan beliau ni standard la nakal bebudak.

 

Problemnya beliau ini sedikit vandalism. Beliau disyaki sangat berusaha untuk merosakkan setiap benda yang beliau dapat pegang dan gapai. Maka segala benda-benda berharga seperti HP, laptop, etc akan dikenakan penjagaan serapi yang mampu. Selain itu, beliau jugak sangat pintar menggunakan talipon bimbit. Maka sebarang sms kosong mahupun bertulis dengan perkataan seumpama kod rasia dan kurang dipahami adalah perkara normal yang sering kali terjadi dalam kalangan kami adik beradik. Dan kehilangan kredit secara konsisten pada talipon bimbit sememangnya suatu perkara wajar.

 

Walaubagaimanapun, perbuatan jenayah yang melampau oleh beliau bule dihentikan apabila orang-orang tertentu (Tuan Haji, abang aku, kakak aku dan aku sendiri) meninggikan suara kepada beliau. Dengan cara ini, beliau akan kelihatan merajuk dan akan membaringkan diri beliau di hadapan TV sambil menonton ‘Disney Channel’. Namun, hal ini tidak akan bertahan lama, paling  lama pun adalah dalam 10 minit. Selepas itu, keadaan akan kembali huru-hara seperti asal.

 

Berbicara mengenai ‘Disney’, beliau jugak sangat mengemari katun-katun di channel tersebut, pendek kata semua yang ada di channel tersebut. So batalkan la niat sekirannya ingin menonton channel lain seperti Prima, ABO, Zee etc ketika beliau sedang menonton TV.

***

 

Oraitt~ begitula kisahnya. Ini baru cerita perangai durg, blom masuk agi bab makan, minum, susu, dan segala macam hal. Kiranya kalo di kombain bule buat 2-3 entri agi, tapi ndak payahla rasanya. Setiap hari sejak 3 hari yang lalu, rutin aku dan yang lain akan berakhir pada pukul lebi dan kurang 1.32am kerana menunggu semua insan kerdil tersebut rebah menidurkan diri mereka.

 

Namun begitu, disebalik kelelahan menjaga mereka-mereka aku turut sama bergembira dengan agenda mereka yang unik dan tersendiri. Andai diberi pilihan antara mereka dengan kerja yang lain, aku masih memilih mereka. Kerana sesukar dan seletih mana pun, menjaga mereka memberi aku seribu perasaan yang sukar aku tafsirkan. Mungkin itula hikmat dan nikmat menjaga manusia-manusia kerdil setahun jagung ini…hahahaha~ AllahuAlam~~

 

Oraitt~ Hujan pon sudah berhenti. Mata yang kantuk terpaksa aku tahan agi. Sekarang ni masa untuk buat susu… Okai~ Chau…

“Apy, Tasya..~~ P buat SUSU..Kasi 3-3 yaaaaaaaaa~”

Tuesday, August 31

Erti sebuah MERDEKA!!

*4.. 3.. 2.. 1.. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!*

*neeeeeeeeeeeeeeee….poph!!*

*neeeeeeeiiiittttttttt…bushhh!!*

“cantiknya la bha mercun-mercun tu.. oiye oiye…tengok c pulan tu bha.. berabis juak dia menjerit.. kunuk kunun datang mao sambut merdeka.. nda tau apa la dia paham pasal merdeka.. suka suka nya mao menyambut, baru tu teda jua dia tau pasal sejarah..”

“bha.. jadi kunuk ko paham lah ne pasal sejarah, merdeka soma-soma ne.. cuba kunun ko kastau apa la yang ko paham pasal merdeka.. begini la boi, nda payalah ko mo kutuk-kutuk orang.. ko sindiri pon tidak paham apa maksud merdeka.. tidak perlulah kita men kutuk-kutuk ne.. sama jua ko dengan dia tu”

“bha jum lah kita balik, mao abis jua suda ne sambutan merdeka”, (ciet.. tekena pulak aku balik)

***-***

merdeka

Okai~ Apa sebenarnya yang kita paham pasal MERDEKA!? Adakah MERDEKA itu hanya suatu hari dalam setahun yang perlu kita raikan?? Atau apakah MERDEKA ada memberikan kita apa-apa maksud tertentu dalam kehidupan kita pada masa kini?? Apa yang kita dapat dengan berteriak dan melaungkan MERDEKA, seterusnya pulang ke rumah setelah semua sambutan telah berakhir. Adakah segalanya turut berakhir di situ saja dan menanti untuk detik yang sama di tahun hadapan serta melakukan rutin yang seumpamanya.. Ewah, terserius la pulak..

(-_-”)…

 

UHUK UHUK.. Abaikan, ketepikan apa yang baru aku ketengahkan sebentar tadi. Ruang penulisan aku ni bukanlah ruang untuk perkara-perkara yang serius dan yang sama waktu dengannya. Ini laman santai, buat apa untuk serius-serius. BumBuCak~!! bha ketawa ketawa..urm.. Sukatikamula..

 

Oraitt~ Apa yang aku mao tulis kali ini adalah berkaitan dengan Hari Kemerdekaan dan Semangat dalam setiap Individu masa kini. bhe bida jua inti. Haha, biarkanlah~ OK.. Apa sebenarnya yang aku mao tunjuk dalam situasi ‘episod sekejap’ di awal entri aku tadi adalah berkaitan dengan sambuatan kemerdekaan di Malaysia yakni di kawasan Universiti aku.. [Aku cuba untuk kecikkan skop kawasan sekitaran keh]..

 

Dari pemerhatian aku sendiri, ramai dalam kalangan kita ni masih tidak mengerti apa sebenarnya kemerdekaan. Aku admit k, kadang-kadang aku sendiri pun masih kabur-kabur dengan erti kemerdekaan. Oleh sebab itu, kita mesti memperbanyakkan pembacaan. Tapi bagi insan semacam aku, hasil pembacaan semata-mata tidak dapat memberikan aku gambaran sebenar tentang sebuah MERDEKA YANG SEBENAR. Dan inisiatif aku adalah;

1.penggunaan tenet & google, type-search-klik-baca

2. penceritaan dari veteren-veteren yakni Puan oma (nenek aku) dan arwah Tuan atok. Dengan adanya insan-insan yang hidup sejak dari zaman penjajahan seperti mereka inilah yang memberikan aku sedikit sebanyak gambaran berkenaan sebuah MERDEKA ini. aiseh, barulah~

 

Kalo aku tanya satu kali lagi, Apa maksud kemerdekaan pada kamu?? Aku yakin memng terlalu banyaknya variasi jawapan. Kenapa? Sebab soklan aku berbentuk soklan subjektif yang mana sesapa saja bule memberi pendapat masing-masing mengikut kesesuaian citarasa masing-masing. Andai kata, aku memberi soklan sedemikian dan diikuti dengan 4 pilihan jawapan, pasti variasi jawapan yang aku dapat hanya ada 4 jenis. kan kan kan??

 

Dan kerana soklan aku yang berbentuk subjektif ini, pasti ramai jugak yang berdebar-debar dan berusaha untuk memberi jawapan yang seolah-olah sangat releven dengan perkembangan semasa, walaupun pada zahirnya aku tau itu soma dusta semata-mata. Ececeh, mengkali ada jugaklah 2-3 pendapat yang mampu diterima oleh akal sihatku ini. Waima, kita tidak dapat menafikan dan men‘tidak’an segala macam pendapat awam. Maka terima lah mereka seadaanya.(apa kaitan??)

~d[@_@]b~

 

Bha bha, hentikanlah diriku dari merapu benda yang tidak bersangkut-paut. Pengertian MERDEKA. Secara umumnya, kalo menurut wikipedia (akses dari google), Merdeka membawa maksud ‘kemerdekaan dan kebebasan dari cengkaman penjajah’. Kalo menurut kamus dewan pulak, [sekejap ya, kamus dewan aku tak jumpa pulak. manalah aku letak ne, lenkali aku update kalo aku da jumpa kamus aku key~]. oraittt~ enuf enuf..(aise, i takda darah mix okey~). kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Terasa macam buat asaimen pasal merdeka la pulak.

 

Okai.. Itu kalo secara kasar dari sumber-sumber yang bule di cari menggunakan kemudahan IT. Oraitt~, kalo menurut aku lah, MERDEKA sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam lagi. ewah.. Merdeka bukanlah semata-mata bebas dari genggaman penjajah, malah ia sebenarnya mempunyai maksud yang lebih luas lagi. Kita kecikkan skop kita, ambil contoh diri kita sendiri. Bila kita gunakan istilah MERDEKA, setelah habis satu satu exam, lepas dari sesuatu yang kita tidak brapa mao suka, cuti-cuti dari segala kerunsingan dsb. Jadi apa sebenarnya MERDEKA??

 

Bhe dari tadi aku tanya soklan yang sama, aku pun sudah naik busan dengan soklan tu. Kehlah, bagi insan semacam aku, merdeka ini bukan setakat di mulut saja. Oleh itu, aku tidak berapa gemar untuk melafazkan perkataan merdeka secara membabi buta. ewah. Begini, pada suatu aspek aku rasa dalam melalui kehidupan sebagai pelajar, masih terlalu banyak untuk aku capai dan selagi pencapaian-pencapaian itu belum terlaksana maka aku belum merdeka. Yeah, aku memang lahir dan hidup dalam negara yang telah merdeka, pada zahirnya memang aku merdeka tapi itu belum bermakna jiwa aku turut merasakan merdeka. Ish bebelit la pulak ayat aku ne.. urm aku rasa aku paham jugak lah..hakhak. Dan suatu ketika nanti aku pasti akan lafazkan keMERDEKAan aku bila saatnya tiba.

 

Begitulah perhitungan aku terhadap suatu Merdeka. Dan dalam suatu aspek yang lainnya, adakah kita benar-benar bangsa yang merdeka?? na kau, ini lah dia inti utama kunuk..ngehehehe~ Macam mana kita tau yang kita ni sebenarnya sudah bebas dari jajahan ong barat?? Ada caranya, sangat mudah;

1. Kita bebas kalo kita tidak lagi mengagung-agungkan dan terikut-ikut dengan budaya-budaya barat seperti dalam berpakaian, bercakap, bergaul etc etc.

-dari pemerhatian aku sendiri, ramai remaja masa kini akan merasa not-up-to-date andainya mereka tidak beretika seperti ong barat. Menggunakan pakaian yang ‘mencucuk’ keimanan teruna dara, berkata-kata seolah-olah mat saleh (padahal makian saja pon yang dorg tau dalam bahasa penjajah) dsb.

2. Kita bebas kalo kita mengamalkan cara hidup yang rukun dan tidak menyimpan prasangka buruk terhadap ong lain.

-apalah salahnya kita hidup tanpa perasaan benci dan dengki terhadap ong lain. Ini, terasa seolah-olah hidup ini tidak lengkap andai kita tidak dapat mencerca ong lain. (tidak cukup cerca ong yang dikenali, ong yang tidak kenal lalu depan mata pon mao hina) Ada best kali buat begitu?? Tipulah kalo ada sesapa tidak mao ngaku pernah buat begitu.

3.Kita bebas kalo jiwa kita tenang tanpa masalah.

-yang ini susah mao buat. Dalam dunia yang serba canggih dan moderan [<—ayat indon] ini, segala macam perkara bule jadi masalah. Jadi, kita pikir ja la sendiri.

 

Aku rasa cukuplah 3 ini, kalo ada lagi bulelah tambah ikut kesukaan dan kesenangan anda. Dengan ini, anda fikir-fikirkanlah samada anda ini sudah merdeka ataupun tidak..

***SALAM MERDEKA DAN 1MALAYSIA***

images

 

p/s: mungkin memang aku blom merdeka sepenuhnya. Urm..

Saturday, August 28

Ramadhan dan seOrang AKU…

Ahlan Wa Sahlan.. SALAM 1MALAYSIA.. Cewah

Hari ini, 28hb Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H. Waktu sekarang, 2.36 p.m. – waktu Malaysia (merujuk kepada jam tangan aku). OK apa kaitan semua ini dengan seorang ‘AKU’.. ececeh, saja saja sebenarnya. Ada kaitan cuma kurang. haha..urm.. Sedikit terpesong di sini..

Lupakan… (--,”)=3

 

Berbalik kepada topik asal, apa sebenarnya yang aku mao tulis?? oyea! Sebenarnya aku mao tulis pasal seorang Aku dan Ramadhan tahun ni.. Kalo mao di jadikan cerita bukan kes besar pon sebenarnya.. Cuma saat dan tika ini, aku tersangat tidak boleh berpikir.. Malas mao belaja sebenarnya, walaupun assignment sebelum cuti raya belambak boleh tahan banyaknya.. Nampak gayanya, ini sudah masuk Ramadhan ke-3 untuk seorang aku menyambut Syawal yang mulia dengan berbekalkan assignment dek kerana lecturer yang sememangnya sengaja tidak mahu berkompromi.. *sigh*..ops tidak bek untuk mengeluh..ya x??? [Menyimpang lagi tanpa sedikit kesedaran.. pedulikkan]..

***

 

Ramadhan tahun ini, apa yang seronoknya.. Well, biasalah bila tiba hari raya Ramadhan, segala macam benda bek yang kita buat, lebih-lebih lagi bagi seorang aku sebab kompom dapat balasan berlipat-lipat kali ganda.. Dan bila aku cakap ‘kompom’, maknanya sudah pasti.. Oleh itu, bagi yang berhati mulia seperti seorang aku sudah semestinya akan melakukan amal ibadat dengan bersungguh-sungguh dan tekun.. Yang perangai tak berapa mao harap pon, tidak kurang hebatnya.. Mana tidak, Ramadhan datang setahun sekali, umo kita pon bukannya bule ‘gerenti’ yang kita ni bule o tidak mao sambut Ramadhan yang seterusnya.. Dalam erti kata len, PELUANG kEEMASAN la kiranya.. Dipendekkan kisah, semua insan sedang berusaha untuk mempertingkatkan level pahala masing-masing..

 

Tapi dalam pada itu, masih juga ramai insan-insan yang masih tidak mengambil ikhtibar dalam bulan yang mulia ni.. Dalam pemerhatian aku sendiri, masih ada segelintir insan yang tidak segan silu untuk tidak berpuasa, malah bule pulak mao show-off yang dia tidak puasa.. ish ish, tak patut mak cik (ala-ala iklan budi bahasa).. Kalo setakat budak kecik bawah umo, kakak-kakak o macik-macik yang ke‘uzur’an, bulelah terima seket-seket (tu pon seketlah).. Ini orang cakap ‘umo ko sudah brapa mimang, kalo kena kasi kawen anak ko pon suda bule blaja mao posa’, kalo sudah tidak puasa, ibadat yang lain jangan cakap la.. huhu..

=‘_’=

 

Apapun bagi seorang Aku, biarlah sikap mereka yang penting bukan aku yang melakukan ke‘mungkar’an itu.. aisehmen, ayat skema mao mampos.. hakhak.. Yang sebenarnya, aku mao crita apa yang seorang aku dapat dalam bulan Ramadhan ini… Simple tapi selalu ja aku merapu ke arah benda-benda lain. So let it be..

 

Okai, apa yang seorang aku dapat di kala tibanya bulan Ramadhan. Oraitt~ memandangkan persekitaran seorang aku adalah berkisar dengan U-life, adalah lebih afdal kalo seoarng aku crita benda-benda yang berkisar dengan kehidupan aku di sini. owh yeah~! Mula-mula, aku mao crita pasal kengkawan di sekitaran aku. Masuk-masuk ja bulan Ramadhan ne, memang banyak plan yang kami ong mao buat. Darila plan mao sahur sesama, ke bazaar, sungkai, tarawihk, etc etc, pendek kata semuala macam mao buat sesama. Pakat la ne. Bukan macam di bulan-bulan len, adakala yang tertentu saja baru pakat mao buat sesama. Begitula penangan bulan Ramadhan ni. ngeee~

 

Pastu, aku mao masuk pulak bab kosmet-kosmet seorang aku. Harus dipahamkan di sini, sebagai seorang yang bergelar pelajar Civil Engineering di UMS, memang banyaklah dugaan dari segi kimia (mental emosi) dan fizik (fizikal).

Sebab pertama, lecturer yang terlibat adalah berasal dari luar Malaysia (India, Bangladesh, Iran, etc), maka kadang-kadang trasa jugaklah macam belaja di ‘obese’. ewah dengan ini berlakulah masalah komunikasi..

Sebab ke-2, assignment + mid-term test + tutorial = masa singkat dan datang secara sekaligus. kurangnya masa untuk meng‘enjoy’kan diri mengakibatkan ke‘tensen’an yang melampau dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, bagi seorang aku sangat wajarlah untuk memperlengkapkan diri dari segi kimia dan fizik secara tegar pada Ramadhan ini. Di tambah lagi tengah-tengah berpuasa, memang emosi sedikit tidak terkawal disebabkan lapar dan sebagainya. (Ok Itu situasinya).

 

Di mana tadi?? [urm…baca balik]. Oraitt~, pasal kosmet seorang aku. Di sini, ingin aku meluahkan betapa bersyukurnya seorang aku mendapat kosmet seumpama mereka di kala menjelang bulan Ramadhan ini. Mao di jadikan kisah cinta, ops! bukan kisah cinta, tapi kisah tauladan.. haha. Kisahnya bermula di sini. aiseh, cam buat karangan pulak. Aku simpulkan sajalah, kosmet-kosmet seorang aku terdiri daripada golongan muslim dan non-muslim, std lah ni takda hal pon, saja ja mao bagitau.haha.. Golongan non-muslim dalam kos aku sangat menghormati golongan muslim, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini. Apa bukti???

1. situasi: dalam kelas

-mereka akan rasa bersalah untuk makan o minum di depan kami yang puasa. sebule-bule mereka akan menghadap tingkap o dinding supaya kami kunuk-kunuk tidak tengok pa yang durg buat. Adakah?? hakhak

2. situasi: dalam lab

-mereka ni, kalo bule semua kerja yang durg bule buat, durg buat. Even bule minta tolong, p dek kerna durg takmao susahkan ong yang puasa maka durg yang buat. [grup lab seorang aku la, grup len aku kurang pasti seket]. Bagus kan??

3. situasi: time grup discussion

-ini lagi best. Mereka ni, untuk tidak menyusahkan sesapa mereka akan datang awal untuk buat discussion. Kalo tidak pon, segala macam discussion akan di lakukan di ruang mesej o chat-pop-out fesbuk saja. punya senang kan, n segala macam kerja bertulis hanya akan di send menggunakan email ler. Kira canggih la. ngahaha..

4. situasi: mao amek mid-term test

-Lecturer ni, maybe sebab malas tengok student yang memang sangat ramai time kuliah, maka untuk sungguh memudahkan kerja beliau n’ student, beliau buat test guna tenet ja. Buka satu laman web yang memang kena kasi sedia untuk UMS den masuk part subjek beliau den jawab kuiz dalam 1 jam. sematkan?? [urm bule buat entri lain agaknya ne..hoho]

&%$#*&@!

 

Bha bha, sukuplah aku kasi bukti camna golongan non-muslim ni menyenangkan dalam beberapa perkara dalam persekitaran seorang aku. Kalo sudah yang non-muslim begitu, yang muslim jangan cakap la kan.. Dari mana durg blaja buat benda-benda baik cenggini, besar kemungkinan adalah dari golongan muslim yang macam seorang aku jugaklah, urm maybe adalah dalam 74.82% betul statement aku kut. kah kah kah..ops terketawa bangga plak. *istigfar*. Baidewei, inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia mengkali. hehehe.

 

Dengan ini, terciptalah cerita Ramadhan dan seOrang AKU. hak hak hak..

 

P/S: Aku rasa penggunaan kosa kata bahasa melayu aku semakin hari semakin tidak menentu, ini mesti sebab masalah tiadanya pembelajaran Bahasa Melayu di universiti-universiti..urm, buleka mao salahkan sistem.. n satu lai, rupanya jam tangan aku da mampos..ciet~

Wednesday, August 25

PERASMIAN TAK BER‘INTI’

ehem..ehem.. Sound test 123…roger roger…cewah macam di majlis ong kawen plak men testing2 sound... Banggang la rasa sekejap... Actually, aku ne sejenis insan yang tak brapa mao pandai buat intro-intro yang seolah-olah dalam novel mahupun cerpen-cerpen yang di siarkan setiap minggu di beberapa majalah... haha..urm aku merapu...

*-*  (@*#$^%)

Kehadiran coretan aku pada kali ini adalah sebagai perasmian kepada blog aku yang baru berusia setahun jagung... eh, baru beberapa hari sebenarnya... Napa tajuk entry aku cenggitu?? Sebab aku memang mao buat perasmian sejak beberapa hari sebelum kejadian blog aku ne... Cuma masa yang tidak mengijinkan untuk aku brbuat sedemikian & aku sendiri tidak ada ide-ide untuk bermula di mana, maka tidak berlakulah sebarang perasmian sebelum-sebelum ini melainkan coretan-coretan songsang yang kurang inti... Kalo aku baca balik entry-entry aku yang b4 ne, aku sendiri pun taktao apa yang aku mengarut dan merapu... Sememangnya aku insan yang kuat mencarut merapu... huhu...

Tujuan aku mengadakan blog ini… urm, btol ka kosa kata yang aku guna?? lantaklah... oraittt~ Apa tujuan aku dengan adanya blog ini?? Actually, sudah sekian lamanya aku memendam perasan untuk mempunyai blog sendiri... cuma aku ni sedikit buta IT la katakan... Maka dengan tidak semena-mena setelah bertanya kepada kengkwn yang sememangnya sudah mempunyai blog sendiri dan membuat beberapa ‘searching’, akhirnya aku bertekad dan sememangnya sangat nekad untuk mencipta blog sendiri... Aku ingin punya blog yang bisa menjadi diari, luahan dan apa-apalah yang boleh meriwatkan segala nostalgia & membiarkan aku merapu sendiri tanpa ada tentangan dari pihak lain... owh yea~! hakhak, macam ayat-ayat minah indon la plak... pedulikkanlah... Di samping sejajar dengan perkembangan media massa kini, aku sebagai seorang student yang tak brapa mao bertauliah juga tidak mahu ketinggalan mengekori betapa pesatnya dunia hari ini… alala macam review dalam artikel la… ngehehe~

v^-^v

Okai abis pasal tujuan... Sekarang masuk part nama blog aku?? ecece... urm mana mao start~(? _ ?)~... urmbha, start dari nama website aku lah... website aku, www.vampirezombiekiss.blogspot.com nah hamek ko panjang mao mampos... haha, oraitt.. Napa begitu panjang & knapa nama cam pelik...?? PELIK KA?? R U INSANE?? (aisemen bahasa penjajah) ntahpapa.. Sebab setelah mencuba beberapa nama contohnya, kawaii tenjou, dark angel, available, emo mao mampos, etc.. Semua cam setan ja balik-balik tidak dapat... kunun kunuk ada kotak2 kuar dengan tetiba, ia tulis “not available, the name is currently in use”... & yang paling aku rasa paling tak guna mao mampos tu, bila aku try nama aku yang sepenuh-penuhnya siap dengan nama penuh tuan haji yakni bapak aku... boleh-boleh masi kuar benda yang sama, pastu aku p la cek sapala ong betuah yang sama nama sejibik dengan aku, TAKDA PULAK... PAAAAAANIPU... kalo tak mengenangkan ke‘semangat’an aku untuk buat blog ne, sudah lama aku tutup laptop sambil tido bedengkur-dengkur cam ong tidak ingat dunia... Maka di saat-saat aku amper pedap tu, aku terli’at list tajuk anime aku di sudut desk aku…cewah, oleh itu aku pon taip nama dengan cermat & berhati-hatinya ‘vampire + zombie kiss’... punyala merapu... [dalam hati aku cakap cenggini “kalo masi nda bule ne, batal la nawaitu mao buat blog”]... Alhamdullilah, dapat.. haha memang naseb la kali... Maka tercipta la blog ne...

(-_—”)

Seterusnya, nama blog aku ‘sHiNobi iN acTioN’...kuikui, hah ini pulak sebab sukati akula kan... teeeheee... Okai ini dia sedikit sinopsis ceritera di sebalik nama blog aku...

1. Napa ‘shinobi’?? sebab sukatila aku suka tengok cita ninja2 specifiknya Naruto... ok aku memang suka katun 2, kalo mao cita, rasanya sampai malam pon aku takkan abis taip ne... aku suka ninja, sebab durg suka imbus senyap-senyap & slalu guna banyak jutsu (skil la)... Kalo bule aku mao jadi cam ninja, dalam banyak-banyak pesen warrior o apa-apala... dalam pala hotak aku yang serabut ne, ninja adalah sangat kool & misteri..sebab semua betutup kecuali mata durg [ninja ne kategori pesen martial act yg tutup aurat la jugak], even tapak tangan pon bule balut-balut tapi bukanlah macam Adam AF, tu aku rasa tidaklah kool mana pown…[soie yer peminat adam!!v]..hakhak~

2. Orait, pastu napa ‘in action’?? sebab, saja ja mao bagi gimik & impak-impak seket... sebab ini penulisan, bukan pe‘filem’an yang bule tengok water o air efek kan, mabi efek cahaya bulelah seket [korg men adjust2 la brightness laptop o pc korg sendri]... Maka biarlah... sebab time-time pecah otak carik idea mao tulis 1 entry ne, anggap ‘in action’la jugak [kira bule konsider la seket…muahahaha~]

*\(-_-)/*

Ok then, abis pasal masalah nama, kita bincang masalah negara plak…eh, TEMA & segalanya... oraittt~ ok napa tema aku cam emo-emo?? Emo ka?? Sebab aku ne budak emo kut... acah jak tu... teehee~... Actually, takda maksud tersirat mahupun tersurat di sini... Dasar pemilihan background mahupun side-gadget aku adalah dari efek suka-suki ati aku sendiri... Mana yang aku rasa oraittt~ kompom aku letak, peduliklah sesemak apapun... Yang penting i suke (bak kata ong KL – rumet aku..hakhak)... Aku sememangnya jenis yang tidak suka men padan-padan ne sejak di lahirkan lagi... Napa?? Lenkalila cita, tak banyak kaitan pon dengan entry aku diz time cewah… Kalo ada sesapa yang perasan dari nama website, blog sampaila ke tema memang takda satu hapak pon yang berkaitan... cek balik, cek balik, ada kaitanka?? vampire + zombie + ninja + shinobi + katun2 jd gadget-tepi ne... manada kaitan owh... Maka biarkan ja.. Sebab SUKATIKULA..

Bha bha... nampak gayanya sampai sini ja la aku merapu kali ni... Bang Zuhur pon da masuk... Tiba masanya untuk mengundur diri.. Dengan ini saya akhiri topik kita pada kali ini dengan lafaz Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakattu & selamat menunaikan ibadat.. hakhak, cam rancangan ke‘islam’an ari jumat TV1 plak... ok la..chau alliouse amigos..asta lavista [sudahnya aku tutup dengan melalut].. ^-^v

***SEKIAN***

Monday, August 23

KhaLifah MaLam…

salam tengah malam… yang da nak subuh pon ne…

belek-punya-belek rupanya waktu sudah tunjuk angka 2.30 a.m., kalo pegi tido ne kompom secara otomatiknya aku takkan bangun sahur punya… aku berani gerenti la… sekejap-sekejap, aku dengarlah rumet aku sekor ne komen-komen secara lisan setiap kali dia online lawat-lawat fesbuk dia… pastu, dia buka tenet siap tengok-tengok cerita-cerita politik + artis-artis malaysia masa kini… bagi aku pulak, aku tak brapa mao berminat mao join sekaki tengok benda-benda gitu… tapi, ada ketika-ketika tu aku pegila juga jenguk-jenguk benda yang dia cakap-cakap sekali-sekala… kot-kot somboi ka yang dia tengah view-view tu, bule juga cuci-cuci pandangan… huahua…

***

actually, aku bukan nak cita pasal rumet aku…hahaha~… cuma topik aku kali ne adalah berpunca dari dia.. dialah yang menjadi sebab musabab aku mula baca blog-blog yang dia sound aku cukup power sehingga menggerakkan hati nurani aku untuk melayari tenet malam ne dan sekaligus menjadi khalifah malam secara kurang rasminya… kenapa khalifah malam, sebab cambest… hahaha, sebab aku sibuk baca blog-blog orang & kerja aku yang belambak betimbun-timbun tak siap-siap… eh, ada kaitan ka…??? ahhh sudah…

-.-”

sejak 2 menjak ne, adalah satu nama yang setiap kali aku buka fesbuk, ada saja aku tengok di post-post kengkawan aku… kalo bukan pon, kompom kawan-kawan aku siap tag-tag video hasil ciptaan hamba Allah itu… nama itu adalah ‘zack zukhairi’… mula-mula aku ne memangla kurang berminat dengan kehidupan orang yang aku tidak tahu… tapi, sudahpon menjadi lumrah apabila kengkawan tag-tag benda-benda di wall aku, secara otomatiknya aku akan membaca, melihat, mendengar dan segala macam ‘me-’ lagi yang mampu aku buat…

^_^v

aku pun mula la menunggu loading… dari video-vedio yang ada terpost di wall aku… memang aku tidak nafikan, video-video tu memang sweet tahap cipan ke-85.34 la… & yang paling aku kurang mao percaya seket, segala macam video atau apapun yang berkaitan adalah hasil tangan seorang lelaki yang bernama ‘zack zukhairi’… maka aku berkira-kira kisah ini tamatla di sini…

kemudian, dengan tidak semena-mena… rumetku mangarahkan menyarankan aku untuk membuka blog ‘zack zukhairi’ tu… ya Rabbi, memang sempoi cam gaban la orang tu… gaban pon tak sempoi cenggitu… hahaha… memangla aku tak pernah lagi jumpa insan yang bernama ‘zack zukhairi’ tu, tapi hasil pembacaan aku dari penulisan insan itu, aku dapat simpulakan beliau itu pasti mempunyai personaliti yang best & santai… hahaha… halamak macam terminat pula… takpa takpa, aku letak beliau dalam list penulis febret aku la lepas ne…hahaha, bulekah pulak???

=*w*=

minta maaflah sangat-sangat kepada encik zack zukhairi, orang-orang terdekat beliau, peminat-peminat beliau ato sesapapun la pendek katanya…. usai membaca beberapa nukilan dari beliau… memang lama jugakla nak abiskan setiap satunya, al-maklumlah mana mao ketawa-ketawa terbahak-bahak lagi, mao share-share apa yang diketawakan dengan rumet, semua-semua aku baca dalam 10-15 hasil tulisan beliau dalam beberapa jam la jugak…

apa yang aku rasa best sebenarnya…??? dalam pada membaca blog-blog beliau… aku turut mengimbau nostalgi-nostalgia lalu hidup aku… aku kagumi beliau kerana mempunyai kebijaksanaan & kesantaian yang melampau [dalam blog beliau, memang kadang-kadang ketarala sangat beliau membangga diri… takda salahnya pon, maka biarlah beliau], di samping mempunyai ingatan yang cukup tajam untuk menulis tentang kehidupan budak-budak beliau, masa sekolah dan banyak lagi… al-maklumlah, aku turut melalui kehidupan di era 90-an… dan apa yang di lalui beliau, aku jugak pernah alami beberapa perkara yang sedemikian walaupun tidaklah se-setan beliau… aku ne anak yang level kebaikan aku rasanya bulelah di banggakan even seket… ops, terbangga diri sekejap…

-miahahaha-

rasanya malam ne, setakat ini ja la yang mampu aku coret-coret di laman aku… actually, aku dah ngantuk… muka pun adalah seket lagak-lagak cam otromen kurang power… kalo dalam pilem satria baja itam, rasanya aku suda tukar jadi manusia suda ne… hahaha…

last words… – selamat malam, (hampir imsak) kalian…

~SALAM RAMADHAN, SLAMAT BERSAHUR~

Saturday, August 21

banyaknya yang berlaku…

Jam digital d notebook aku baru menginjak angka 11.19 p.m…argh ini bukan baru…sudah begini lewat rupanya…

 

BUKU…

perancangan awal tadi, ‘ready’ buku mahu menelaah beberapa ‘chapter’… persediaan menghadapi ‘exam mid-term’ yang bakal menyapa aku beberpa hari lagi… entah kemana menghilang semangat aku yang berkobar-kobar beberapa ketika tadi…

 

FACEBOOK’…

laman yang satu inilah yang aku leka layani sejak beberapa jam tadi…tanpa aku sedar sudah 3 jam aku duduk menghadap skrin kecil di hadapan aku ini…sememangnya ‘noti’ yang tidak pernah berhenti ‘pop-out’ di sudut hiasan muka depan ‘facebook’ aku membuat aku begitu sibuk melayani komen-komen kawan-kawan yang sememangnya telah sekian lama aku rindu… rindu pada suara-suara sumbang yang sering menjadi bahan utama untuk aku terus tersenyum dan ketawa… hahahaah~

 

KAWAN…

kadang-kadang aku sendiri sudah tidak pasti apa sebenarnya kawan pada aku.. terlalu banyaknya dugaan dan rintangan yang aku alami dalam mencari erti dan mengenali siapa sebenarnya kawan kepada aku… kata orang dengan terluka baru kita dapat belajar cara untuk merawat… tapi sampai bila kita harus terus terluka dan merawat… membiarkan diri kita dipenuhi parut-parut kesan luka-luka yang lalu…

 

LUKA…

kerana kau, sahabat… aku biarkan luka ini… aku biarkan dia sembuh sendiri.. kerana aku kira waktu bisa mengubati segala kesakitan… ternyata perkiraanku benar… mungkin sedikit lama, namun tidak salah untuk menunggu… sebagai teman, aku rela menanti selagi harapan tetap ada…

 

HARAPAN…

hidup dalam susur jalur dunia yang penuh dengan cerita suka dan duka… seseungguhnya harapan terbina dengan satu makna, satu matlamat… persoalannya adakah kita masih berada di atas jalan dan landasan yang benar…??? harapan bisa punah bias dari noda manusia yang tidak pernah kenal erti syukur… kerana masa tidak dapat memastikan niat akan kekal…

 

MASA…

peruntukkan masa sama bagi setiap insan… 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun… pendeknya setahun ada 364 1/4 hari.. namun, laluan masa bagi setiap insan berbeza mengikut cara individu melalui titian hari-hari mereka… kerana aku sentiasa percaya, setiap individu mempunyai ceritera hidup masing-masing di mana setiap 1 adalah watak utama dalam dunia kisah mereka sendiri…

 

CERITA…

aku tidak pernah menyangka banyak cerita-cerita sensasi yang berlegar-legar di sekitaran aku… tidak pernah terlintas di minda aku, jauh sekali untuk memikirkan bahawa kisah-kisah seumapama cerekaramah TV3 sedang berlangsung di ruang berhampiran aku… paling aku tidak menduga, watak-watak dalam cerita tersrbut adalah insan-insan yang aku kenali walaupun tidaklah serapat mana… namun, bagi aku sekali mengenali mereka, selamanya mereka adalah sahabat walau tidak seakrab mana… dan kerana mereka sahabat, aku turut menyesali segala tindak tanduk dan silap yang mereka telah lakukan…

 

SILAP…

apa yang silap?? mana yang silap?? mereka silap membuat perhitungan… kerana satu kesilapan, diri mereka jadi taruhan… satu sudut di akal aku masih tidak mampu menerima sebab musabab punya silap itu… namun, hati berbisik bahawa silap itu kerana mereka sendiri tidak pernah menghargai keistimewaan sendiri… dalam erti kata mudahnya, mereka seolah-olah tidak mensyukuri apa yang ada di sekeliling mereka… kenapa berlaku?? adakah kerana tidak pandai menjaga diri sendiri ataupun termakan pujuk rayu sang kekasih…

 

KEKASIH…

apa maksud sebenar perkataan ini?? adakah sebagai pelindung maruah? sekadar gurauan sebelum menjalin perhubungan yang sah? atau sesuatu yang sangat penting sehingga setiap insan mesti mempunyai satu ‘kekasih’ setiap seorang??? entahlah.. hal ini termasuk dalam kategori subjektif.. maka hal ini mempunyai maksud mengikut pendapat setiap individu…

 

‘DI LEMA CINTA SUAMI ORANG’…

tajuk ini lawak… betul-betul macam isu-isu hangat dalam majalah… apa yang lebih menggeletek hati, mereka yang terlibat baru saja menginjak usia dewasa… tak sangka betul, rupanya ada juga hal ini berlaku di persekitaran aku… tapi aku tidak boleh mengulas hal ini dengan panjang lebarnya… biarlah mereka dan mereka saja yang tahu… aku cuma begitu tersentak sejurus mendengar perkabaran sebegini, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat adalah mereka-mereka yang aku kenal… sungguh dunia ini tersangat kecilnya… hahaha… dunia-dunia…

 

KEMELUT MENGANDUNG ANAK LUAH NIKAH…

dalam banyaknya cerita yang berkisar tentang masalah cinta dan kehidupan, kisah ini paling meruntun jiwa aku… seorang kawan ini, aku tidak pernah menyangka dia akan terbeban dengan dosa akibat salah langkah… hamba Allah SWT yang satu ini, aku benar-benar tidak pernah terduga bahawa dia akan rosak sebelum waktunya… entah apa kisah di sebaliknya, dia terjebak dalam cinta lalu terlanjur bersama seorang lelaki yang dia gelar kekasih… sememangnya aku tidak pernah tahu kisah yang sebenar-benarnya… tapi apabila aib sudah mula menunjukan belang, dia sendiri tidak mampu untuk menutupi segala dosa yang telah terjadi di antara mereka… hari demi hari, tomahan secara halus saja yang dia terima… dia adalah bakal ibu… pasti emosinya kurang menentu… memang dia bersalah, tapi bayi yang bakal melihat dunia itu tidak bersalah… siapalah kita untuk memberi keputusan terhadap hidup orang lain… aku pasti dia sendiri tidak pernah berkira-kira untuk mempunyai kandungan sebelum waktu… kasihan… siapa yang kasihan sebenarnya??? kasihan dia, kasihan kepada bayi yang bakal lahir itu, dan kasihan keluarganya… pasti harapan mereka punah hanya kerana silap anak gadis mereka… Tapi Allah SWT tahu setiap apa yang telah ditetapkan-Nya…

 

~SEMOGA APA YANG TELAH BERLAKU AKAN MENJADI TAULADAN DAN IKHTIBAR UNTUK KITA MENJALANI KEHIDUPAN DI BUMI YANG PENUH KEINDAHAN INI~

Sepatah Seputus Kata YanG mCm eSai

Long long Time aGo, wHen I waS a LittLe kiD i'm uSed to ThiNk Dat, Urm maYbe I Could saId I'm StilL tHinK dAt LiFe iS juZ LikE a SimPle ShoRt sTory fRom A boOk TaLe wHicH aLwayS End uP tO hAve a HapPy EndinG...
But TheN, TimE PasSeD & I GroWn uP. AfTer alL tHingS haPpeneD iN mY LiFe, fiNalLy I rEaliZe DaT LiFe iS nOt Juz a SimPLy fAiRy TaLE. sLowLy d OtHer Me tRy tO aCcepT dAt to LivE is tO be ReaListiC.

BuT StiLL, I can'T reFuse My FanTasy aNd d OnLy reAsOn of d ExistaNce of diS bLog is tO KeEp alL mY uNreALisTiC TaLes...

- If OuR DreAms couLd'nt be ReaL, Let iT stAy aS a DreAm in OuR Own WonderWorLd... - SuEr_kawaii

ThaNks For Ur tiMe tO ViSiT n' ReaD...^^

silalah sila