1 Syawal yang sedey~
Terdengar sayup suara takbir yang tidak pasti dari mana.Tetiba aku terjaga dari lelap. Aku tatap jam dinding, pukul 10.53. Tapi perasaan aku resah saja. Aku gapai henpon Tuan Haji di tepi meja, aku tilik jam yang tertera di skrin henpon tersebut, sudah pukul 01.00 p.m rupanya. Nyatalah jam dinding di rumah aku kematian bateri. Kesian.
1 Syawal 1431 H. Sudah lewat tengahari, rumah aku legang saja ni. Raya pertama dan tanpa tamu. Pelik. Perasaan hairan mula menyelubungi aku. Apa yang tidak kena? Apa yang pelik ni.
Sejenak aku duduk di sofa, berfikir dan mungkin sebab mamai aku masih kurang pasti apa yang aku rasa. Rupanya semua mereka-mereka di rumah aku pergi beraya tanpa aku. Sampai hati. Yang ada di rumah cuma Ayiel, kakak aku, Tuan Haji dan isteri, serta seorang aku. Aku kecewa, punah harapan mao kolek duit raya.[Umor sudah berapa masih mao duit raya..kah kah kah~]
5 jam sebelumnya.
Pukul 7 a.m. Aku berlegar-legar sambil memegang rekoder astro. Hu Hu. Kenapalah durang buka wayar Astro ni. AKU MAO TENGOK TVVVvvvvvvv.Lelah, penat bercampur-aduk. Sudah 3 malam aku tidak tidur sebab asaimen. Asaimen betul-betul buat plan raya aku porak peranda. Akhirnya, aku lelap tanpa sengaja. Selepas itu, aku macam hilang ingatan rasanya. Aku tidak tau apa yang happen lepas aku lena.Bangun-bangun saja semua orang sudah berjalan pegi beraya tanpa aku. Memang kecewa jugaklah rasa hati ini.
30 minit selepasnya.
Sebab tensen yang amat sangat aku tidak ekot sekali pegi beraya, aku kol kakak & abang aku. Semuanya untuk mengenalpasti lokasi mereka dan merupakan salah satu usaha untuk memaksa sesiapa yang berdekatan datang ‘pick-me-up’ di rumah. Aku mao pegi beraya jugak. Sampai hati tinggal aku di rumah dengan rekoder Astro tanpa wayar. Sedey~
Kalo harap mao jadi ekor Tuan Haji & Puan Hajah memang tiada can la gamaknya. Mereka hanya buat aktiviti berpasangan, maka memang tidak payah mimpilah kalo mao join beliau berdua. Maka harapan sekarang ni adalah kakak o abang aku sahaja. Semuanya demi matlamat = DUIT RAYA. Adehs hampeh, tidak ikhlas betul pegi menziarah rumah sanak~
Petangnya..
Beberapa jam seterusnya, aku tunggu abang aku. Katanya “ondewei” mao datang amek aku bawak pegi beraya dengan dia. Dalam hati, ‘yes 100x’. Inilah masanya. Har Har Har~
Maka petang itu, pergilah kami beraya di beberapa buah rumah. Adalah dalam beberapa jam kami beraya. Pastu, kami menuju pulang ke rumah. Sampai rumah ja, aku buka angpau raya. Tambah sedey aku dapat RM1 saja. Apalah kunuk??? Memang tidak berbaloi.
Kemudian, dengan muka tidak berapa ceria bak muka sudah tertampar beberapa ekor setan aku menuju ke sofa memandang kosong TV yang menayangkan entah apa drama. Aku duduk memerhatikan beberapa tamu yang riuh mendatangi rumah aku.
Sejurus itu, aku terpandang Tuan Haji, Puan Hajah dan beberapa ahli keluarga aku. Baru aku teringat!! Aku belum salam sesapa mao minta maaf untuk hari raya. Al-maklumlah, sepulangnya semua orang dari solat sunat Aidilfitri aku terus lena dibuai mimpi-mimpi yang ntah apa. Maka melangkah longlailah aku bak menari-nari joget menuju ke depan Tuan haji.
Aku salam semua mereka yang ada di situ. Meminta maaf andai ada ter-kasar, ter-tengking, ter-kutuk, ter-marah, ter-suruh dan segala macam ter- yang terjadi selama aku bergelar insan, anak, adik mahupun ipar. Usai aku salam mereka, hati aku sedikit lupa akan duit raya yang aku harap-harapkan di rumah sanak tadi.
Seketika kemudian, aku terdengar nama aku dipanggil sayup-sayup dalam keriuhan. Aku pandang wajah ipar aku, ada not RM50 melambai-lambai aku. Dengan mata yang bersinar-sinar (maklumlah tengok duit, sapa tidak suka orang kasi duit. Jangan HIPOKRITla) aku datang bertandang di depan beliau. Not RM50 itu bertukar tangan berpindah milik, maka sahlah wang tersebut sebagai duit raya aku yang ke-2 di 1 Syawal ini. Hek Hek Hek..
Dengan riang umpama arnab dapat kangkung [lobak mahal geng], aku berlenggang-lenggang pegi menyimpan duit raya aku yang bernilai RM51. ewah ewah~
Oraitt~ apa sebenarnya moral of d story:
- sentiasa ikhlas dalam menjalinkan silatulrahim
- jangan terlalu berharap, bimbang kecewa secara drastik dan mengganggu emosi secara berlebihan
- kalo sudah nasib mao dapat, dapatla tu. Rezeki katakan
- terima apa yang berlaku dengan redha bukan bermakna terima saja semuanya dengan men‘khinzir’-buta tanpa berfikir (suci ja ayat sempena syawal)
- akhir sekali, bersyukur dengan apa yang ada
p/s: 1 Syawal ini sebenarnya tidakla sesedey mana. Aku ja yang overboard. miahahaha~ adanya!! di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam seluruh dunia~~
0 comments:
Post a Comment