Suasana malam... sepi, dengar bunyi cengkerik... sunyi gilak, sampai suara kipas pun macam kuat saja pusing-pusing di syiling... cun-cun dengar sayup ayat-ayat suci al-Quran dari masjid kebanggaan UMS tu, sayu ja hati...
Lepas beberapa ketika, start la mengelamun... klo aku pikir balik semua yang berlaku dalam hidup aku dalam beberapa tahun ni... semua macam kucar-kacir ja... ntah mana satu yang boleh dibanggakan & entah yang mana satu yang patut aku sembunyi dari mata semua orang... dalam erti kata lain hidup aku cukup buat aku keliru..
Entah sejak bila, aku mula rasa aku patut mulakan hidup aku yang dulu... ceria & tiada keraguan untuk melangkah ke mana saja kaki aku inginkan... sebenarnya, aku sendiri tidak pasti apa tujuan aku sekarang...hahaha...bolehkah begitu???
Dalam beberapa ketika ne, aku rasa aku macam perlu hidup dengan cara aku sendiri & tidak perlu rasanya untuk mengambil peduli apa pandangan orang lain terhadap aku... sebab rasanya, aku masih lagi berpegang pada norma-norma kehidupan manusia biasa... sebagai insan yang turut sama hidup di atas muka bumi ini, rasanya aku sendiri ada hak untuk menentukan perjalanan hidup aku sendiri... tapi sering kali itulah, suatu perasaan berat turut sama menghimpit aku...
Aku ingin percaya & mungkin aku memang selalu percaya, setiap insan bebas untuk mengutarakan cara hidup masing-masing selagi tidak mengganggu-gugat kehidupan orang lain.. sepertimana aku... aku ingin hidup dengan cara aku di dalam dunia yang aku bina tanpa perlu menyusahkan sesiapa pun... mempunyai keluarga yang mesra dan di limpahi kasih sayang seluruhnya... mempunyai teman yang tidak pernah jemu untuk saling memahami dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain.. mempunyai kehidupan dan kerjaya yang mampu membanggakan diri sendiri dan sesiapapun.. sememangnya aku tidak pernah terlintas untuk menyusahkan sesiapa dalam mencapai hajat yang sekian lamanya aku pendam ini... dan, kita hanya dapat merancang...
Tapi, apakan daya... dalam kehidupan Islam demokrasi di bumi Malaysia ini, masih ada sekelompok hamba Allah yang tidak ingin & sememangnya tidak suka untuk melihat kebahagian dan kesenangan insan lain... onar mula di sebarkan, dengan latar belakang cerita-cerita sensasi umpama cerekarama di kaca tv... semua dusta & fitnah kedengaran nyata & benar... di samping terdapatnya golongan yang tidak sudah-sudah percaya lagenda-lagenda yang seumpamanya dengan begitu membabi buta...
Dengan ini, tomahan demi tomahan mula di lemparkan... masing-masing membuat telahan dan keputusan sendiri tanpa pernah memikirkan hati & perasaan mereka-mereka yang terlibat... persoalannya, adakah perlu kita begitu emosi membangkitkan semua cerita-cerita yang sungguhpun tidak pernah mengaitkan kita, jauh sekali memberi kesan buruk terhadap kita..???
Bumi Allah swt ini indah... mengapa perlu kita cemarkan dengan segala nista dan prasangka buruk terhadap sesiapa pun... tidak bisakah kita melalui kehidupan yang harmoni bersama tanpa perlu mengambil peduli setiap salah tingkah orang lain.. tidak salah untuk menegur sapa demi kebaikan, bukah itu tandanya mengambil berat insan lain... tetapi untuk terus mencaci dan membuat telahan sendiri tanpa soal siasat terlebih dahulu, tidakkah itu suatu tindakan yang membabi buta & merosakan silatulrahim sesama kita...
Bagi insan seperti aku, aku tidak pernah ingin melukakan sesiapa pun, jauh sekali untuk menyakiti teman sendiri... apalah salahnya andai kita sama-sama untuk meluahkan segala bentuk ketidakpuasan hati yang masing-masing rasai... bukankah perbuatan sebegitu lebih mudah untuk mencapai persefahaman... andai kita terus mengambil tindakan sendiri, pastinya hal itu bukan saja akan menyakiti teman sendiri malah memberi kelukaan terhadap diri sendiri...mengapa kita perlu terus mengopak kudis luka yang hampir sembuh, andai kita mampu untuk merawatnya dan biarkan luka itu hapus bersama masa...
kepadamu Teman, aku suarakan isi hati aku di sini...kerana aku begitu pasti kau tidak mungkin ingin lagi mendengar penjelasan untuk perkara yang aku sendiri tidak pasti dimana silapnya hingga kita berada jauh dihalang curam besar di depan kita.. percayalah aku tidak pernah tahu apa sebenarnya salah yang telah aku lakukan sehingga kita tidak mampu lagi mengayam memori indah seperti rutin kita yang dulu... masa berlalu pantas tapi aku yakin benar kau masih lagi menyimpan perasaan kekok itu di antara kita... kerana dalam sedar mahupun tidak, aku turut marasainya sepertimana yang kau rasa...
0 comments:
Post a Comment