CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

kengkawan ~(*w')~

MimPi iNdaH c PontiLanak

MimPi iNdaH c PontiLanak
Patterned Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, August 31

Erti sebuah MERDEKA!!

*4.. 3.. 2.. 1.. MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!*

*neeeeeeeeeeeeeeee….poph!!*

*neeeeeeeiiiittttttttt…bushhh!!*

“cantiknya la bha mercun-mercun tu.. oiye oiye…tengok c pulan tu bha.. berabis juak dia menjerit.. kunuk kunun datang mao sambut merdeka.. nda tau apa la dia paham pasal merdeka.. suka suka nya mao menyambut, baru tu teda jua dia tau pasal sejarah..”

“bha.. jadi kunuk ko paham lah ne pasal sejarah, merdeka soma-soma ne.. cuba kunun ko kastau apa la yang ko paham pasal merdeka.. begini la boi, nda payalah ko mo kutuk-kutuk orang.. ko sindiri pon tidak paham apa maksud merdeka.. tidak perlulah kita men kutuk-kutuk ne.. sama jua ko dengan dia tu”

“bha jum lah kita balik, mao abis jua suda ne sambutan merdeka”, (ciet.. tekena pulak aku balik)

***-***

merdeka

Okai~ Apa sebenarnya yang kita paham pasal MERDEKA!? Adakah MERDEKA itu hanya suatu hari dalam setahun yang perlu kita raikan?? Atau apakah MERDEKA ada memberikan kita apa-apa maksud tertentu dalam kehidupan kita pada masa kini?? Apa yang kita dapat dengan berteriak dan melaungkan MERDEKA, seterusnya pulang ke rumah setelah semua sambutan telah berakhir. Adakah segalanya turut berakhir di situ saja dan menanti untuk detik yang sama di tahun hadapan serta melakukan rutin yang seumpamanya.. Ewah, terserius la pulak..

(-_-”)…

 

UHUK UHUK.. Abaikan, ketepikan apa yang baru aku ketengahkan sebentar tadi. Ruang penulisan aku ni bukanlah ruang untuk perkara-perkara yang serius dan yang sama waktu dengannya. Ini laman santai, buat apa untuk serius-serius. BumBuCak~!! bha ketawa ketawa..urm.. Sukatikamula..

 

Oraitt~ Apa yang aku mao tulis kali ini adalah berkaitan dengan Hari Kemerdekaan dan Semangat dalam setiap Individu masa kini. bhe bida jua inti. Haha, biarkanlah~ OK.. Apa sebenarnya yang aku mao tunjuk dalam situasi ‘episod sekejap’ di awal entri aku tadi adalah berkaitan dengan sambuatan kemerdekaan di Malaysia yakni di kawasan Universiti aku.. [Aku cuba untuk kecikkan skop kawasan sekitaran keh]..

 

Dari pemerhatian aku sendiri, ramai dalam kalangan kita ni masih tidak mengerti apa sebenarnya kemerdekaan. Aku admit k, kadang-kadang aku sendiri pun masih kabur-kabur dengan erti kemerdekaan. Oleh sebab itu, kita mesti memperbanyakkan pembacaan. Tapi bagi insan semacam aku, hasil pembacaan semata-mata tidak dapat memberikan aku gambaran sebenar tentang sebuah MERDEKA YANG SEBENAR. Dan inisiatif aku adalah;

1.penggunaan tenet & google, type-search-klik-baca

2. penceritaan dari veteren-veteren yakni Puan oma (nenek aku) dan arwah Tuan atok. Dengan adanya insan-insan yang hidup sejak dari zaman penjajahan seperti mereka inilah yang memberikan aku sedikit sebanyak gambaran berkenaan sebuah MERDEKA ini. aiseh, barulah~

 

Kalo aku tanya satu kali lagi, Apa maksud kemerdekaan pada kamu?? Aku yakin memng terlalu banyaknya variasi jawapan. Kenapa? Sebab soklan aku berbentuk soklan subjektif yang mana sesapa saja bule memberi pendapat masing-masing mengikut kesesuaian citarasa masing-masing. Andai kata, aku memberi soklan sedemikian dan diikuti dengan 4 pilihan jawapan, pasti variasi jawapan yang aku dapat hanya ada 4 jenis. kan kan kan??

 

Dan kerana soklan aku yang berbentuk subjektif ini, pasti ramai jugak yang berdebar-debar dan berusaha untuk memberi jawapan yang seolah-olah sangat releven dengan perkembangan semasa, walaupun pada zahirnya aku tau itu soma dusta semata-mata. Ececeh, mengkali ada jugaklah 2-3 pendapat yang mampu diterima oleh akal sihatku ini. Waima, kita tidak dapat menafikan dan men‘tidak’an segala macam pendapat awam. Maka terima lah mereka seadaanya.(apa kaitan??)

~d[@_@]b~

 

Bha bha, hentikanlah diriku dari merapu benda yang tidak bersangkut-paut. Pengertian MERDEKA. Secara umumnya, kalo menurut wikipedia (akses dari google), Merdeka membawa maksud ‘kemerdekaan dan kebebasan dari cengkaman penjajah’. Kalo menurut kamus dewan pulak, [sekejap ya, kamus dewan aku tak jumpa pulak. manalah aku letak ne, lenkali aku update kalo aku da jumpa kamus aku key~]. oraittt~ enuf enuf..(aise, i takda darah mix okey~). kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Terasa macam buat asaimen pasal merdeka la pulak.

 

Okai.. Itu kalo secara kasar dari sumber-sumber yang bule di cari menggunakan kemudahan IT. Oraitt~, kalo menurut aku lah, MERDEKA sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam lagi. ewah.. Merdeka bukanlah semata-mata bebas dari genggaman penjajah, malah ia sebenarnya mempunyai maksud yang lebih luas lagi. Kita kecikkan skop kita, ambil contoh diri kita sendiri. Bila kita gunakan istilah MERDEKA, setelah habis satu satu exam, lepas dari sesuatu yang kita tidak brapa mao suka, cuti-cuti dari segala kerunsingan dsb. Jadi apa sebenarnya MERDEKA??

 

Bhe dari tadi aku tanya soklan yang sama, aku pun sudah naik busan dengan soklan tu. Kehlah, bagi insan semacam aku, merdeka ini bukan setakat di mulut saja. Oleh itu, aku tidak berapa gemar untuk melafazkan perkataan merdeka secara membabi buta. ewah. Begini, pada suatu aspek aku rasa dalam melalui kehidupan sebagai pelajar, masih terlalu banyak untuk aku capai dan selagi pencapaian-pencapaian itu belum terlaksana maka aku belum merdeka. Yeah, aku memang lahir dan hidup dalam negara yang telah merdeka, pada zahirnya memang aku merdeka tapi itu belum bermakna jiwa aku turut merasakan merdeka. Ish bebelit la pulak ayat aku ne.. urm aku rasa aku paham jugak lah..hakhak. Dan suatu ketika nanti aku pasti akan lafazkan keMERDEKAan aku bila saatnya tiba.

 

Begitulah perhitungan aku terhadap suatu Merdeka. Dan dalam suatu aspek yang lainnya, adakah kita benar-benar bangsa yang merdeka?? na kau, ini lah dia inti utama kunuk..ngehehehe~ Macam mana kita tau yang kita ni sebenarnya sudah bebas dari jajahan ong barat?? Ada caranya, sangat mudah;

1. Kita bebas kalo kita tidak lagi mengagung-agungkan dan terikut-ikut dengan budaya-budaya barat seperti dalam berpakaian, bercakap, bergaul etc etc.

-dari pemerhatian aku sendiri, ramai remaja masa kini akan merasa not-up-to-date andainya mereka tidak beretika seperti ong barat. Menggunakan pakaian yang ‘mencucuk’ keimanan teruna dara, berkata-kata seolah-olah mat saleh (padahal makian saja pon yang dorg tau dalam bahasa penjajah) dsb.

2. Kita bebas kalo kita mengamalkan cara hidup yang rukun dan tidak menyimpan prasangka buruk terhadap ong lain.

-apalah salahnya kita hidup tanpa perasaan benci dan dengki terhadap ong lain. Ini, terasa seolah-olah hidup ini tidak lengkap andai kita tidak dapat mencerca ong lain. (tidak cukup cerca ong yang dikenali, ong yang tidak kenal lalu depan mata pon mao hina) Ada best kali buat begitu?? Tipulah kalo ada sesapa tidak mao ngaku pernah buat begitu.

3.Kita bebas kalo jiwa kita tenang tanpa masalah.

-yang ini susah mao buat. Dalam dunia yang serba canggih dan moderan [<—ayat indon] ini, segala macam perkara bule jadi masalah. Jadi, kita pikir ja la sendiri.

 

Aku rasa cukuplah 3 ini, kalo ada lagi bulelah tambah ikut kesukaan dan kesenangan anda. Dengan ini, anda fikir-fikirkanlah samada anda ini sudah merdeka ataupun tidak..

***SALAM MERDEKA DAN 1MALAYSIA***

images

 

p/s: mungkin memang aku blom merdeka sepenuhnya. Urm..

Saturday, August 28

Ramadhan dan seOrang AKU…

Ahlan Wa Sahlan.. SALAM 1MALAYSIA.. Cewah

Hari ini, 28hb Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H. Waktu sekarang, 2.36 p.m. – waktu Malaysia (merujuk kepada jam tangan aku). OK apa kaitan semua ini dengan seorang ‘AKU’.. ececeh, saja saja sebenarnya. Ada kaitan cuma kurang. haha..urm.. Sedikit terpesong di sini..

Lupakan… (--,”)=3

 

Berbalik kepada topik asal, apa sebenarnya yang aku mao tulis?? oyea! Sebenarnya aku mao tulis pasal seorang Aku dan Ramadhan tahun ni.. Kalo mao di jadikan cerita bukan kes besar pon sebenarnya.. Cuma saat dan tika ini, aku tersangat tidak boleh berpikir.. Malas mao belaja sebenarnya, walaupun assignment sebelum cuti raya belambak boleh tahan banyaknya.. Nampak gayanya, ini sudah masuk Ramadhan ke-3 untuk seorang aku menyambut Syawal yang mulia dengan berbekalkan assignment dek kerana lecturer yang sememangnya sengaja tidak mahu berkompromi.. *sigh*..ops tidak bek untuk mengeluh..ya x??? [Menyimpang lagi tanpa sedikit kesedaran.. pedulikkan]..

***

 

Ramadhan tahun ini, apa yang seronoknya.. Well, biasalah bila tiba hari raya Ramadhan, segala macam benda bek yang kita buat, lebih-lebih lagi bagi seorang aku sebab kompom dapat balasan berlipat-lipat kali ganda.. Dan bila aku cakap ‘kompom’, maknanya sudah pasti.. Oleh itu, bagi yang berhati mulia seperti seorang aku sudah semestinya akan melakukan amal ibadat dengan bersungguh-sungguh dan tekun.. Yang perangai tak berapa mao harap pon, tidak kurang hebatnya.. Mana tidak, Ramadhan datang setahun sekali, umo kita pon bukannya bule ‘gerenti’ yang kita ni bule o tidak mao sambut Ramadhan yang seterusnya.. Dalam erti kata len, PELUANG kEEMASAN la kiranya.. Dipendekkan kisah, semua insan sedang berusaha untuk mempertingkatkan level pahala masing-masing..

 

Tapi dalam pada itu, masih juga ramai insan-insan yang masih tidak mengambil ikhtibar dalam bulan yang mulia ni.. Dalam pemerhatian aku sendiri, masih ada segelintir insan yang tidak segan silu untuk tidak berpuasa, malah bule pulak mao show-off yang dia tidak puasa.. ish ish, tak patut mak cik (ala-ala iklan budi bahasa).. Kalo setakat budak kecik bawah umo, kakak-kakak o macik-macik yang ke‘uzur’an, bulelah terima seket-seket (tu pon seketlah).. Ini orang cakap ‘umo ko sudah brapa mimang, kalo kena kasi kawen anak ko pon suda bule blaja mao posa’, kalo sudah tidak puasa, ibadat yang lain jangan cakap la.. huhu..

=‘_’=

 

Apapun bagi seorang Aku, biarlah sikap mereka yang penting bukan aku yang melakukan ke‘mungkar’an itu.. aisehmen, ayat skema mao mampos.. hakhak.. Yang sebenarnya, aku mao crita apa yang seorang aku dapat dalam bulan Ramadhan ini… Simple tapi selalu ja aku merapu ke arah benda-benda lain. So let it be..

 

Okai, apa yang seorang aku dapat di kala tibanya bulan Ramadhan. Oraitt~ memandangkan persekitaran seorang aku adalah berkisar dengan U-life, adalah lebih afdal kalo seoarng aku crita benda-benda yang berkisar dengan kehidupan aku di sini. owh yeah~! Mula-mula, aku mao crita pasal kengkawan di sekitaran aku. Masuk-masuk ja bulan Ramadhan ne, memang banyak plan yang kami ong mao buat. Darila plan mao sahur sesama, ke bazaar, sungkai, tarawihk, etc etc, pendek kata semuala macam mao buat sesama. Pakat la ne. Bukan macam di bulan-bulan len, adakala yang tertentu saja baru pakat mao buat sesama. Begitula penangan bulan Ramadhan ni. ngeee~

 

Pastu, aku mao masuk pulak bab kosmet-kosmet seorang aku. Harus dipahamkan di sini, sebagai seorang yang bergelar pelajar Civil Engineering di UMS, memang banyaklah dugaan dari segi kimia (mental emosi) dan fizik (fizikal).

Sebab pertama, lecturer yang terlibat adalah berasal dari luar Malaysia (India, Bangladesh, Iran, etc), maka kadang-kadang trasa jugaklah macam belaja di ‘obese’. ewah dengan ini berlakulah masalah komunikasi..

Sebab ke-2, assignment + mid-term test + tutorial = masa singkat dan datang secara sekaligus. kurangnya masa untuk meng‘enjoy’kan diri mengakibatkan ke‘tensen’an yang melampau dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, bagi seorang aku sangat wajarlah untuk memperlengkapkan diri dari segi kimia dan fizik secara tegar pada Ramadhan ini. Di tambah lagi tengah-tengah berpuasa, memang emosi sedikit tidak terkawal disebabkan lapar dan sebagainya. (Ok Itu situasinya).

 

Di mana tadi?? [urm…baca balik]. Oraitt~, pasal kosmet seorang aku. Di sini, ingin aku meluahkan betapa bersyukurnya seorang aku mendapat kosmet seumpama mereka di kala menjelang bulan Ramadhan ini. Mao di jadikan kisah cinta, ops! bukan kisah cinta, tapi kisah tauladan.. haha. Kisahnya bermula di sini. aiseh, cam buat karangan pulak. Aku simpulkan sajalah, kosmet-kosmet seorang aku terdiri daripada golongan muslim dan non-muslim, std lah ni takda hal pon, saja ja mao bagitau.haha.. Golongan non-muslim dalam kos aku sangat menghormati golongan muslim, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini. Apa bukti???

1. situasi: dalam kelas

-mereka akan rasa bersalah untuk makan o minum di depan kami yang puasa. sebule-bule mereka akan menghadap tingkap o dinding supaya kami kunuk-kunuk tidak tengok pa yang durg buat. Adakah?? hakhak

2. situasi: dalam lab

-mereka ni, kalo bule semua kerja yang durg bule buat, durg buat. Even bule minta tolong, p dek kerna durg takmao susahkan ong yang puasa maka durg yang buat. [grup lab seorang aku la, grup len aku kurang pasti seket]. Bagus kan??

3. situasi: time grup discussion

-ini lagi best. Mereka ni, untuk tidak menyusahkan sesapa mereka akan datang awal untuk buat discussion. Kalo tidak pon, segala macam discussion akan di lakukan di ruang mesej o chat-pop-out fesbuk saja. punya senang kan, n segala macam kerja bertulis hanya akan di send menggunakan email ler. Kira canggih la. ngahaha..

4. situasi: mao amek mid-term test

-Lecturer ni, maybe sebab malas tengok student yang memang sangat ramai time kuliah, maka untuk sungguh memudahkan kerja beliau n’ student, beliau buat test guna tenet ja. Buka satu laman web yang memang kena kasi sedia untuk UMS den masuk part subjek beliau den jawab kuiz dalam 1 jam. sematkan?? [urm bule buat entri lain agaknya ne..hoho]

&%$#*&@!

 

Bha bha, sukuplah aku kasi bukti camna golongan non-muslim ni menyenangkan dalam beberapa perkara dalam persekitaran seorang aku. Kalo sudah yang non-muslim begitu, yang muslim jangan cakap la kan.. Dari mana durg blaja buat benda-benda baik cenggini, besar kemungkinan adalah dari golongan muslim yang macam seorang aku jugaklah, urm maybe adalah dalam 74.82% betul statement aku kut. kah kah kah..ops terketawa bangga plak. *istigfar*. Baidewei, inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia mengkali. hehehe.

 

Dengan ini, terciptalah cerita Ramadhan dan seOrang AKU. hak hak hak..

 

P/S: Aku rasa penggunaan kosa kata bahasa melayu aku semakin hari semakin tidak menentu, ini mesti sebab masalah tiadanya pembelajaran Bahasa Melayu di universiti-universiti..urm, buleka mao salahkan sistem.. n satu lai, rupanya jam tangan aku da mampos..ciet~

Wednesday, August 25

PERASMIAN TAK BER‘INTI’

ehem..ehem.. Sound test 123…roger roger…cewah macam di majlis ong kawen plak men testing2 sound... Banggang la rasa sekejap... Actually, aku ne sejenis insan yang tak brapa mao pandai buat intro-intro yang seolah-olah dalam novel mahupun cerpen-cerpen yang di siarkan setiap minggu di beberapa majalah... haha..urm aku merapu...

*-*  (@*#$^%)

Kehadiran coretan aku pada kali ini adalah sebagai perasmian kepada blog aku yang baru berusia setahun jagung... eh, baru beberapa hari sebenarnya... Napa tajuk entry aku cenggitu?? Sebab aku memang mao buat perasmian sejak beberapa hari sebelum kejadian blog aku ne... Cuma masa yang tidak mengijinkan untuk aku brbuat sedemikian & aku sendiri tidak ada ide-ide untuk bermula di mana, maka tidak berlakulah sebarang perasmian sebelum-sebelum ini melainkan coretan-coretan songsang yang kurang inti... Kalo aku baca balik entry-entry aku yang b4 ne, aku sendiri pun taktao apa yang aku mengarut dan merapu... Sememangnya aku insan yang kuat mencarut merapu... huhu...

Tujuan aku mengadakan blog ini… urm, btol ka kosa kata yang aku guna?? lantaklah... oraittt~ Apa tujuan aku dengan adanya blog ini?? Actually, sudah sekian lamanya aku memendam perasan untuk mempunyai blog sendiri... cuma aku ni sedikit buta IT la katakan... Maka dengan tidak semena-mena setelah bertanya kepada kengkwn yang sememangnya sudah mempunyai blog sendiri dan membuat beberapa ‘searching’, akhirnya aku bertekad dan sememangnya sangat nekad untuk mencipta blog sendiri... Aku ingin punya blog yang bisa menjadi diari, luahan dan apa-apalah yang boleh meriwatkan segala nostalgia & membiarkan aku merapu sendiri tanpa ada tentangan dari pihak lain... owh yea~! hakhak, macam ayat-ayat minah indon la plak... pedulikkanlah... Di samping sejajar dengan perkembangan media massa kini, aku sebagai seorang student yang tak brapa mao bertauliah juga tidak mahu ketinggalan mengekori betapa pesatnya dunia hari ini… alala macam review dalam artikel la… ngehehe~

v^-^v

Okai abis pasal tujuan... Sekarang masuk part nama blog aku?? ecece... urm mana mao start~(? _ ?)~... urmbha, start dari nama website aku lah... website aku, www.vampirezombiekiss.blogspot.com nah hamek ko panjang mao mampos... haha, oraitt.. Napa begitu panjang & knapa nama cam pelik...?? PELIK KA?? R U INSANE?? (aisemen bahasa penjajah) ntahpapa.. Sebab setelah mencuba beberapa nama contohnya, kawaii tenjou, dark angel, available, emo mao mampos, etc.. Semua cam setan ja balik-balik tidak dapat... kunun kunuk ada kotak2 kuar dengan tetiba, ia tulis “not available, the name is currently in use”... & yang paling aku rasa paling tak guna mao mampos tu, bila aku try nama aku yang sepenuh-penuhnya siap dengan nama penuh tuan haji yakni bapak aku... boleh-boleh masi kuar benda yang sama, pastu aku p la cek sapala ong betuah yang sama nama sejibik dengan aku, TAKDA PULAK... PAAAAAANIPU... kalo tak mengenangkan ke‘semangat’an aku untuk buat blog ne, sudah lama aku tutup laptop sambil tido bedengkur-dengkur cam ong tidak ingat dunia... Maka di saat-saat aku amper pedap tu, aku terli’at list tajuk anime aku di sudut desk aku…cewah, oleh itu aku pon taip nama dengan cermat & berhati-hatinya ‘vampire + zombie kiss’... punyala merapu... [dalam hati aku cakap cenggini “kalo masi nda bule ne, batal la nawaitu mao buat blog”]... Alhamdullilah, dapat.. haha memang naseb la kali... Maka tercipta la blog ne...

(-_—”)

Seterusnya, nama blog aku ‘sHiNobi iN acTioN’...kuikui, hah ini pulak sebab sukati akula kan... teeeheee... Okai ini dia sedikit sinopsis ceritera di sebalik nama blog aku...

1. Napa ‘shinobi’?? sebab sukatila aku suka tengok cita ninja2 specifiknya Naruto... ok aku memang suka katun 2, kalo mao cita, rasanya sampai malam pon aku takkan abis taip ne... aku suka ninja, sebab durg suka imbus senyap-senyap & slalu guna banyak jutsu (skil la)... Kalo bule aku mao jadi cam ninja, dalam banyak-banyak pesen warrior o apa-apala... dalam pala hotak aku yang serabut ne, ninja adalah sangat kool & misteri..sebab semua betutup kecuali mata durg [ninja ne kategori pesen martial act yg tutup aurat la jugak], even tapak tangan pon bule balut-balut tapi bukanlah macam Adam AF, tu aku rasa tidaklah kool mana pown…[soie yer peminat adam!!v]..hakhak~

2. Orait, pastu napa ‘in action’?? sebab, saja ja mao bagi gimik & impak-impak seket... sebab ini penulisan, bukan pe‘filem’an yang bule tengok water o air efek kan, mabi efek cahaya bulelah seket [korg men adjust2 la brightness laptop o pc korg sendri]... Maka biarlah... sebab time-time pecah otak carik idea mao tulis 1 entry ne, anggap ‘in action’la jugak [kira bule konsider la seket…muahahaha~]

*\(-_-)/*

Ok then, abis pasal masalah nama, kita bincang masalah negara plak…eh, TEMA & segalanya... oraittt~ ok napa tema aku cam emo-emo?? Emo ka?? Sebab aku ne budak emo kut... acah jak tu... teehee~... Actually, takda maksud tersirat mahupun tersurat di sini... Dasar pemilihan background mahupun side-gadget aku adalah dari efek suka-suki ati aku sendiri... Mana yang aku rasa oraittt~ kompom aku letak, peduliklah sesemak apapun... Yang penting i suke (bak kata ong KL – rumet aku..hakhak)... Aku sememangnya jenis yang tidak suka men padan-padan ne sejak di lahirkan lagi... Napa?? Lenkalila cita, tak banyak kaitan pon dengan entry aku diz time cewah… Kalo ada sesapa yang perasan dari nama website, blog sampaila ke tema memang takda satu hapak pon yang berkaitan... cek balik, cek balik, ada kaitanka?? vampire + zombie + ninja + shinobi + katun2 jd gadget-tepi ne... manada kaitan owh... Maka biarkan ja.. Sebab SUKATIKULA..

Bha bha... nampak gayanya sampai sini ja la aku merapu kali ni... Bang Zuhur pon da masuk... Tiba masanya untuk mengundur diri.. Dengan ini saya akhiri topik kita pada kali ini dengan lafaz Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakattu & selamat menunaikan ibadat.. hakhak, cam rancangan ke‘islam’an ari jumat TV1 plak... ok la..chau alliouse amigos..asta lavista [sudahnya aku tutup dengan melalut].. ^-^v

***SEKIAN***

Monday, August 23

KhaLifah MaLam…

salam tengah malam… yang da nak subuh pon ne…

belek-punya-belek rupanya waktu sudah tunjuk angka 2.30 a.m., kalo pegi tido ne kompom secara otomatiknya aku takkan bangun sahur punya… aku berani gerenti la… sekejap-sekejap, aku dengarlah rumet aku sekor ne komen-komen secara lisan setiap kali dia online lawat-lawat fesbuk dia… pastu, dia buka tenet siap tengok-tengok cerita-cerita politik + artis-artis malaysia masa kini… bagi aku pulak, aku tak brapa mao berminat mao join sekaki tengok benda-benda gitu… tapi, ada ketika-ketika tu aku pegila juga jenguk-jenguk benda yang dia cakap-cakap sekali-sekala… kot-kot somboi ka yang dia tengah view-view tu, bule juga cuci-cuci pandangan… huahua…

***

actually, aku bukan nak cita pasal rumet aku…hahaha~… cuma topik aku kali ne adalah berpunca dari dia.. dialah yang menjadi sebab musabab aku mula baca blog-blog yang dia sound aku cukup power sehingga menggerakkan hati nurani aku untuk melayari tenet malam ne dan sekaligus menjadi khalifah malam secara kurang rasminya… kenapa khalifah malam, sebab cambest… hahaha, sebab aku sibuk baca blog-blog orang & kerja aku yang belambak betimbun-timbun tak siap-siap… eh, ada kaitan ka…??? ahhh sudah…

-.-”

sejak 2 menjak ne, adalah satu nama yang setiap kali aku buka fesbuk, ada saja aku tengok di post-post kengkawan aku… kalo bukan pon, kompom kawan-kawan aku siap tag-tag video hasil ciptaan hamba Allah itu… nama itu adalah ‘zack zukhairi’… mula-mula aku ne memangla kurang berminat dengan kehidupan orang yang aku tidak tahu… tapi, sudahpon menjadi lumrah apabila kengkawan tag-tag benda-benda di wall aku, secara otomatiknya aku akan membaca, melihat, mendengar dan segala macam ‘me-’ lagi yang mampu aku buat…

^_^v

aku pun mula la menunggu loading… dari video-vedio yang ada terpost di wall aku… memang aku tidak nafikan, video-video tu memang sweet tahap cipan ke-85.34 la… & yang paling aku kurang mao percaya seket, segala macam video atau apapun yang berkaitan adalah hasil tangan seorang lelaki yang bernama ‘zack zukhairi’… maka aku berkira-kira kisah ini tamatla di sini…

kemudian, dengan tidak semena-mena… rumetku mangarahkan menyarankan aku untuk membuka blog ‘zack zukhairi’ tu… ya Rabbi, memang sempoi cam gaban la orang tu… gaban pon tak sempoi cenggitu… hahaha… memangla aku tak pernah lagi jumpa insan yang bernama ‘zack zukhairi’ tu, tapi hasil pembacaan aku dari penulisan insan itu, aku dapat simpulakan beliau itu pasti mempunyai personaliti yang best & santai… hahaha… halamak macam terminat pula… takpa takpa, aku letak beliau dalam list penulis febret aku la lepas ne…hahaha, bulekah pulak???

=*w*=

minta maaflah sangat-sangat kepada encik zack zukhairi, orang-orang terdekat beliau, peminat-peminat beliau ato sesapapun la pendek katanya…. usai membaca beberapa nukilan dari beliau… memang lama jugakla nak abiskan setiap satunya, al-maklumlah mana mao ketawa-ketawa terbahak-bahak lagi, mao share-share apa yang diketawakan dengan rumet, semua-semua aku baca dalam 10-15 hasil tulisan beliau dalam beberapa jam la jugak…

apa yang aku rasa best sebenarnya…??? dalam pada membaca blog-blog beliau… aku turut mengimbau nostalgi-nostalgia lalu hidup aku… aku kagumi beliau kerana mempunyai kebijaksanaan & kesantaian yang melampau [dalam blog beliau, memang kadang-kadang ketarala sangat beliau membangga diri… takda salahnya pon, maka biarlah beliau], di samping mempunyai ingatan yang cukup tajam untuk menulis tentang kehidupan budak-budak beliau, masa sekolah dan banyak lagi… al-maklumlah, aku turut melalui kehidupan di era 90-an… dan apa yang di lalui beliau, aku jugak pernah alami beberapa perkara yang sedemikian walaupun tidaklah se-setan beliau… aku ne anak yang level kebaikan aku rasanya bulelah di banggakan even seket… ops, terbangga diri sekejap…

-miahahaha-

rasanya malam ne, setakat ini ja la yang mampu aku coret-coret di laman aku… actually, aku dah ngantuk… muka pun adalah seket lagak-lagak cam otromen kurang power… kalo dalam pilem satria baja itam, rasanya aku suda tukar jadi manusia suda ne… hahaha…

last words… – selamat malam, (hampir imsak) kalian…

~SALAM RAMADHAN, SLAMAT BERSAHUR~

Saturday, August 21

banyaknya yang berlaku…

Jam digital d notebook aku baru menginjak angka 11.19 p.m…argh ini bukan baru…sudah begini lewat rupanya…

 

BUKU…

perancangan awal tadi, ‘ready’ buku mahu menelaah beberapa ‘chapter’… persediaan menghadapi ‘exam mid-term’ yang bakal menyapa aku beberpa hari lagi… entah kemana menghilang semangat aku yang berkobar-kobar beberapa ketika tadi…

 

FACEBOOK’…

laman yang satu inilah yang aku leka layani sejak beberapa jam tadi…tanpa aku sedar sudah 3 jam aku duduk menghadap skrin kecil di hadapan aku ini…sememangnya ‘noti’ yang tidak pernah berhenti ‘pop-out’ di sudut hiasan muka depan ‘facebook’ aku membuat aku begitu sibuk melayani komen-komen kawan-kawan yang sememangnya telah sekian lama aku rindu… rindu pada suara-suara sumbang yang sering menjadi bahan utama untuk aku terus tersenyum dan ketawa… hahahaah~

 

KAWAN…

kadang-kadang aku sendiri sudah tidak pasti apa sebenarnya kawan pada aku.. terlalu banyaknya dugaan dan rintangan yang aku alami dalam mencari erti dan mengenali siapa sebenarnya kawan kepada aku… kata orang dengan terluka baru kita dapat belajar cara untuk merawat… tapi sampai bila kita harus terus terluka dan merawat… membiarkan diri kita dipenuhi parut-parut kesan luka-luka yang lalu…

 

LUKA…

kerana kau, sahabat… aku biarkan luka ini… aku biarkan dia sembuh sendiri.. kerana aku kira waktu bisa mengubati segala kesakitan… ternyata perkiraanku benar… mungkin sedikit lama, namun tidak salah untuk menunggu… sebagai teman, aku rela menanti selagi harapan tetap ada…

 

HARAPAN…

hidup dalam susur jalur dunia yang penuh dengan cerita suka dan duka… seseungguhnya harapan terbina dengan satu makna, satu matlamat… persoalannya adakah kita masih berada di atas jalan dan landasan yang benar…??? harapan bisa punah bias dari noda manusia yang tidak pernah kenal erti syukur… kerana masa tidak dapat memastikan niat akan kekal…

 

MASA…

peruntukkan masa sama bagi setiap insan… 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun… pendeknya setahun ada 364 1/4 hari.. namun, laluan masa bagi setiap insan berbeza mengikut cara individu melalui titian hari-hari mereka… kerana aku sentiasa percaya, setiap individu mempunyai ceritera hidup masing-masing di mana setiap 1 adalah watak utama dalam dunia kisah mereka sendiri…

 

CERITA…

aku tidak pernah menyangka banyak cerita-cerita sensasi yang berlegar-legar di sekitaran aku… tidak pernah terlintas di minda aku, jauh sekali untuk memikirkan bahawa kisah-kisah seumapama cerekaramah TV3 sedang berlangsung di ruang berhampiran aku… paling aku tidak menduga, watak-watak dalam cerita tersrbut adalah insan-insan yang aku kenali walaupun tidaklah serapat mana… namun, bagi aku sekali mengenali mereka, selamanya mereka adalah sahabat walau tidak seakrab mana… dan kerana mereka sahabat, aku turut menyesali segala tindak tanduk dan silap yang mereka telah lakukan…

 

SILAP…

apa yang silap?? mana yang silap?? mereka silap membuat perhitungan… kerana satu kesilapan, diri mereka jadi taruhan… satu sudut di akal aku masih tidak mampu menerima sebab musabab punya silap itu… namun, hati berbisik bahawa silap itu kerana mereka sendiri tidak pernah menghargai keistimewaan sendiri… dalam erti kata mudahnya, mereka seolah-olah tidak mensyukuri apa yang ada di sekeliling mereka… kenapa berlaku?? adakah kerana tidak pandai menjaga diri sendiri ataupun termakan pujuk rayu sang kekasih…

 

KEKASIH…

apa maksud sebenar perkataan ini?? adakah sebagai pelindung maruah? sekadar gurauan sebelum menjalin perhubungan yang sah? atau sesuatu yang sangat penting sehingga setiap insan mesti mempunyai satu ‘kekasih’ setiap seorang??? entahlah.. hal ini termasuk dalam kategori subjektif.. maka hal ini mempunyai maksud mengikut pendapat setiap individu…

 

‘DI LEMA CINTA SUAMI ORANG’…

tajuk ini lawak… betul-betul macam isu-isu hangat dalam majalah… apa yang lebih menggeletek hati, mereka yang terlibat baru saja menginjak usia dewasa… tak sangka betul, rupanya ada juga hal ini berlaku di persekitaran aku… tapi aku tidak boleh mengulas hal ini dengan panjang lebarnya… biarlah mereka dan mereka saja yang tahu… aku cuma begitu tersentak sejurus mendengar perkabaran sebegini, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat adalah mereka-mereka yang aku kenal… sungguh dunia ini tersangat kecilnya… hahaha… dunia-dunia…

 

KEMELUT MENGANDUNG ANAK LUAH NIKAH…

dalam banyaknya cerita yang berkisar tentang masalah cinta dan kehidupan, kisah ini paling meruntun jiwa aku… seorang kawan ini, aku tidak pernah menyangka dia akan terbeban dengan dosa akibat salah langkah… hamba Allah SWT yang satu ini, aku benar-benar tidak pernah terduga bahawa dia akan rosak sebelum waktunya… entah apa kisah di sebaliknya, dia terjebak dalam cinta lalu terlanjur bersama seorang lelaki yang dia gelar kekasih… sememangnya aku tidak pernah tahu kisah yang sebenar-benarnya… tapi apabila aib sudah mula menunjukan belang, dia sendiri tidak mampu untuk menutupi segala dosa yang telah terjadi di antara mereka… hari demi hari, tomahan secara halus saja yang dia terima… dia adalah bakal ibu… pasti emosinya kurang menentu… memang dia bersalah, tapi bayi yang bakal melihat dunia itu tidak bersalah… siapalah kita untuk memberi keputusan terhadap hidup orang lain… aku pasti dia sendiri tidak pernah berkira-kira untuk mempunyai kandungan sebelum waktu… kasihan… siapa yang kasihan sebenarnya??? kasihan dia, kasihan kepada bayi yang bakal lahir itu, dan kasihan keluarganya… pasti harapan mereka punah hanya kerana silap anak gadis mereka… Tapi Allah SWT tahu setiap apa yang telah ditetapkan-Nya…

 

~SEMOGA APA YANG TELAH BERLAKU AKAN MENJADI TAULADAN DAN IKHTIBAR UNTUK KITA MENJALANI KEHIDUPAN DI BUMI YANG PENUH KEINDAHAN INI~

Sunday, August 15

setelah sekian lamanya...

Suasana malam... sepi, dengar bunyi cengkerik... sunyi gilak, sampai suara kipas pun macam kuat saja pusing-pusing di syiling... cun-cun dengar sayup ayat-ayat suci al-Quran dari masjid kebanggaan UMS tu, sayu ja hati...

Lepas beberapa ketika, start la mengelamun... klo aku pikir balik semua yang berlaku dalam hidup aku dalam beberapa tahun ni... semua macam kucar-kacir ja... ntah mana satu yang boleh dibanggakan & entah yang mana satu yang patut aku sembunyi dari mata semua orang... dalam erti kata lain hidup aku cukup buat aku keliru..

Entah sejak bila, aku mula rasa aku patut mulakan hidup aku yang dulu... ceria & tiada keraguan untuk melangkah ke mana saja kaki aku inginkan... sebenarnya, aku sendiri tidak pasti apa tujuan aku sekarang...hahaha...bolehkah begitu???

Dalam beberapa ketika ne, aku rasa aku macam perlu hidup dengan cara aku sendiri & tidak perlu rasanya untuk mengambil peduli apa pandangan orang lain terhadap aku... sebab rasanya, aku masih lagi berpegang pada norma-norma kehidupan manusia biasa... sebagai insan yang turut sama hidup di atas muka bumi ini, rasanya aku sendiri ada hak untuk menentukan perjalanan hidup aku sendiri...  tapi sering kali itulah, suatu perasaan berat turut sama menghimpit aku...

Aku ingin percaya & mungkin aku memang selalu percaya, setiap insan bebas untuk mengutarakan cara hidup masing-masing selagi tidak mengganggu-gugat kehidupan orang lain.. sepertimana aku... aku ingin hidup dengan cara aku di dalam dunia yang aku bina tanpa perlu menyusahkan sesiapa pun... mempunyai keluarga yang mesra dan di limpahi kasih sayang seluruhnya... mempunyai teman yang tidak pernah jemu untuk saling memahami dan saling memerlukan antara satu dengan yang lain.. mempunyai kehidupan dan kerjaya yang mampu membanggakan diri sendiri dan sesiapapun.. sememangnya aku tidak pernah terlintas untuk menyusahkan sesiapa dalam mencapai hajat yang sekian lamanya aku pendam ini... dan, kita hanya dapat merancang...

Tapi, apakan daya... dalam kehidupan Islam demokrasi di bumi Malaysia ini, masih ada sekelompok hamba Allah yang tidak ingin & sememangnya tidak suka untuk melihat kebahagian dan kesenangan insan lain... onar mula di sebarkan, dengan latar belakang cerita-cerita sensasi umpama cerekarama di kaca tv... semua dusta & fitnah kedengaran nyata & benar... di samping terdapatnya golongan yang tidak sudah-sudah percaya lagenda-lagenda yang seumpamanya dengan begitu membabi buta...

Dengan ini, tomahan demi tomahan mula di lemparkan... masing-masing membuat telahan dan keputusan sendiri tanpa pernah memikirkan hati & perasaan mereka-mereka yang terlibat... persoalannya, adakah perlu kita begitu emosi membangkitkan semua cerita-cerita yang sungguhpun tidak pernah mengaitkan kita, jauh sekali memberi kesan buruk terhadap kita..???

Bumi Allah swt ini indah... mengapa perlu kita cemarkan dengan segala nista dan prasangka buruk terhadap sesiapa pun... tidak bisakah kita melalui kehidupan yang harmoni bersama tanpa perlu mengambil peduli setiap salah tingkah orang lain.. tidak salah untuk menegur sapa demi kebaikan, bukah itu tandanya mengambil berat insan lain... tetapi untuk terus mencaci dan membuat telahan sendiri tanpa soal siasat terlebih dahulu, tidakkah itu suatu tindakan yang membabi buta & merosakan silatulrahim sesama kita...

Bagi insan seperti aku, aku tidak pernah ingin melukakan sesiapa pun, jauh sekali untuk menyakiti teman sendiri... apalah salahnya andai kita sama-sama untuk meluahkan segala bentuk ketidakpuasan hati yang masing-masing rasai... bukankah perbuatan sebegitu lebih mudah untuk mencapai persefahaman... andai kita terus mengambil tindakan sendiri, pastinya hal itu bukan saja akan menyakiti teman sendiri malah memberi kelukaan terhadap diri sendiri...mengapa kita perlu terus mengopak kudis luka yang hampir sembuh, andai kita mampu untuk merawatnya dan biarkan luka itu hapus bersama masa...

kepadamu Teman, aku suarakan isi hati aku di sini...kerana aku begitu pasti kau tidak mungkin ingin lagi mendengar penjelasan untuk perkara yang aku sendiri tidak pasti dimana silapnya hingga kita berada jauh dihalang curam besar di depan kita.. percayalah aku tidak pernah tahu apa sebenarnya salah yang telah aku lakukan sehingga kita tidak mampu lagi mengayam memori indah seperti rutin kita yang dulu... masa berlalu pantas tapi aku yakin benar kau masih lagi menyimpan perasaan kekok itu di antara kita... kerana dalam sedar mahupun tidak, aku turut marasainya sepertimana yang kau rasa...

Wednesday, August 11

Ramadhan al-Mubarak

Ramadhan kembali bertaut.. tanpa sedar sudah 3 kali ramadhan aku bergelar pelajar universiti... terdengar suara azan berkumandang di corong pembesar suara dari masjid besar UMS... rindunya tarawikh, malangnya aral melintang aku tidak dapat join malam ne menyempurnakan solat sunnat tu... hibala pulak.. tahun ne, sekali lagi aku tidak dapat menyambut suasana hari pertama puasa di tanah kelahiranku TAWAU... apa agaknya kabar mereka hari ini...

ewah kata-kata aku ne mengalahkan orang belajar jauh-jauh luar negara pulak... tapi apakan daya, begitu la rasanya bila jauh dari keluarga tercinta.. sedang aku yang dekat tanpa seberang laut ne boleh rasa begitu, apakah lagi teman-teman nun jauh yang turut sama menuntut ilmu di bumi orang lain... tabah ja la kiranya..

apapun, semoga apa yang kita usahakan di bulan suci dan mulia ini akan mendapat berkat dan redha dari-Nya... sempena bulan mulia ne, moleklah kiranya kita memperbanyakkan amal sementara pahala bulan ini berlipat-lipat kali ganda... bukan bermaksud untuk tidak melakukan amal di bulan yang lain, tapi inilah kelebihan kekasih ramadhan...semoga apa yang di hajati akan diperoleh lah hendaknya... A.M.I.N

Sepatah Seputus Kata YanG mCm eSai

Long long Time aGo, wHen I waS a LittLe kiD i'm uSed to ThiNk Dat, Urm maYbe I Could saId I'm StilL tHinK dAt LiFe iS juZ LikE a SimPle ShoRt sTory fRom A boOk TaLe wHicH aLwayS End uP tO hAve a HapPy EndinG...
But TheN, TimE PasSeD & I GroWn uP. AfTer alL tHingS haPpeneD iN mY LiFe, fiNalLy I rEaliZe DaT LiFe iS nOt Juz a SimPLy fAiRy TaLE. sLowLy d OtHer Me tRy tO aCcepT dAt to LivE is tO be ReaListiC.

BuT StiLL, I can'T reFuse My FanTasy aNd d OnLy reAsOn of d ExistaNce of diS bLog is tO KeEp alL mY uNreALisTiC TaLes...

- If OuR DreAms couLd'nt be ReaL, Let iT stAy aS a DreAm in OuR Own WonderWorLd... - SuEr_kawaii

ThaNks For Ur tiMe tO ViSiT n' ReaD...^^

silalah sila